berita

Hasrat Mohon Bantuan Baitulmal Tak Kesampaian, Motor Ditunggang Orang Asli Terbakar Di Jalan Raya

November 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam viral beberapa keping foto menunjukkan seorang anggota polis cuba memadamkan kebakaran sebuah motosikal. Menurut sumber, penunggang motosikal bersama dua anaknya pada ketika itu dalam perjalanan memohon bantuan di Baitulmal Johor.

Dalam perjalanan memohon bantuan

Foto: Polis Daerah Kulai

Memetik laporan daripada Harian Metroketika kejadian, penunggang motosikal yang merupakan Orang Asli, bersama dua anaknya dalam perjalanan menuju ke Baitulmal Johor bagi proses permohonan bantuan. Namun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila motosikal yang ditunganggnya telah rosak sebelum terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, semalam.

Nasib menyebelahi mereka bertiga apabila kebakaran yang berlaku itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada mereka.

Dibantu anggota polis

Gambar sekadar hiasan

Menerusi posting Polis Daerah Kulai di Facebook, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh seorang anggota daripada Balai Polis Senai, Koperal Mohd Redzuan Mohamed, yang ketika itu sedang membuat sekatan jalan raya di tempat kejadian.

Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walaubagaimanapun, api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut.

Punca kejadian tersebut adalah disebabkan percikan api yang berlaku di bahagian enjin motosikal terbabit. Mereka bertiga pada mulanya tersesat ketika dalam perjalanan ke tempat tersebut.

Reaksi warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan syabas atas keprihatinan anggota polis yang membantu mereka sekeluarga. Warganet turut mendoakan supaya urusan mereka sekeluarga untuk memohon bantuan dipermudahkan.

Sumber: Polis Daerah Kulai Harian Metro

SKIP THIS AD ×