
Pempengaruh larian, Yoo Ji Won meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai acara separuh maraton Seoul Race 2026 pada 11 Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Maut Selepas Jalani Suntikan Pembesaran Zakar
Artikel Berkaitan: Lebih 120 Pempengaruh Rebut Gelaran ‘Best Influencer’ ASIA2026, Hadiah AS$10,000 Jadi Rebutan
500 meter sebelum penamat

Pemergian pempengaruh itu disahkan selepas dia dikejarkan ke hospital susulan insiden kecemasan yang berlaku kira-kira 500 meter sebelum garisan penamat.
Jawatankuasa Penganjur Seoul Race memaklumkan bahawa peserta berkenaan mengalami kecemasan ketika berada di kilometer 20.6 semasa acara itu berlangsung.
Selepas menerima bantuan kecemasan awal di lokasi, peserta itu dibawa ke hospital menggunakan ambulans 119 untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia.
Petugas perubatan yang berada di lokasi kejadian turut memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) serta rawatan awal selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa tidak berhasil sebelum dia disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.
Pihak penganjur turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan mendoakan agar mendiang bersemadi dengan tenang.
Susulan kejadian itu, mangsa dikenal pasti sebagai Yoo Ji Won, seorang pempengaruh larian yang dilahirkan pada 2001 dan merupakan pelajar pascasiswazah di Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST).
Selain aktif dalam sukan larian sebagai pelari amatur, mendiang turut menjalankan penyelidikan dalam bidang semikonduktor kecerdasan buatan (AI).
Lebih menyentuh hati, sebelum ini dia berjaya menamatkan acara maraton penuh Seoul Marathon 2026 pada 15 Mac lalu dengan catatan masa dua jam, 56 minit dan 32 saat.
Pencapaian tersebut membolehkannya meraih status sub-3, iaitu berjaya menamatkan larian maraton penuh dalam tempoh kurang daripada tiga jam.
Berita pemergiannya nyata mengejutkan peminat dan pengikutnya di media sosial. Ruangan komen pada akaun media sosial mendiang turut dibanjiri ucapan takziah serta penghormatan terakhir daripada mereka yang terkesan dengan berita sedih itu.
Sumber: Koreaboo








