Teruja untuk menimang cahaya mata kembar, bagaimanapun hasrat pelakon Nadya Syahera itu tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.
Nadya Syahera menerusi laman Instagram miliknya berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi yang tidak pernah diduganya itu.
Tak period dah sebulan
Serba sedikit cerita tentang pengalaman I keguguran. Start dari hujung bulan lepas I dah start rasa atau syak macam I ni pregnant sebab period I tak muncul-muncul dah sebulan lebih. So, 3/6/2020 hari itu, I nekad beli pregnancy test, tak beritahu Fizul pun beli, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line!
Okay, memandangkan I jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, after 2 hari , I terus pergi poliklinik dekat rumah I, pergi scan seorang I je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6 minggu tapi ikut scan baru 4 minggu lebih. Lepas tu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan jantung lagi, maybe still kecil doktor cakap. Tapi kantung ni tak bulat, dia macam kemek and ada bleeding pula kat luar dia. Tapi I tak ada rasa sakit or turun darah pun.
Fizul nak sangat twin
I blur jap. I tanyalah doktor, kenapa? Then doktor terangkan yang kalau kantung normal dia akan bulat, pastu yang bleeding tepi tu dia jadi kembar tapi yang 1 tu dah pecah. And 1 kantung ni pun kemek. Awak tunggulah 3 minggu lagi awak datang semula dan kita scan. Kalau dia membesar, Alhamdulillah, if not. Belum rezeki. Okay itu dekat poliklinik. I cerita kat Fizul pasal ni tapi dia still harap yang tak ada apa-apa berlaku kat kandungan I tu sebab dia nak sangat twin.
Lepas 2 hari I pergi lagi Klinik Ajwa dekat Shah Alam. Sebab I nak tahu betul-betul situation baby I tu, pergi scan kat situ, doktor tu layan I lebih kurang je. Tapi ayat dia lebih kurang sama juga dengan poliklinik, kecil lagi, datang 2 minggu lagi, kita scan, kalau ada, ada la, kalau tak ada, tak adalah. Gitu katanya…
Jalani proses D&C
Yang menggangu fikiran I bila, doktor cakap ada bleeding, I risau yang tu. Sebab itulah I buat appointment terus dengan doktor bersalin I sebelum ni dekat Avisena Women & Child Specialist Hospital. Jumpa doktor, I ceritalah I pergi klinik, doktor klinik cakap macam mana, then dia scan juga terus dia cakap kat I, kantung kemek dan kosong, ada bleeding.
Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat dan sakit, takut infection pula sebab dah bleeding kat dalam. So dengan redhanya I pun buatlah proses D&C. D&C itu dia orang pengsankan I then cuci rahim. Proses tu kejap je dalam 30 minit macam tu, sekarang I tengah pantang kat rumah dah.
Sumber: Nadyasyahera