berita

‘Hati-Hati Bila Post’ – Zed Zaidi Dipanggil SKMM, Tiada Niat Sebar Berita Palsu

February 1st, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerusi Twitter baru-baru ini telah dikecam teruk gara-gara memuatnaik status berhubung wabak koranavirus. Status tersebut mengundang rasa tidak senang netizen dan mereka menganggap selebriti itu menyebarkan maklumat tidak sahih.

Terbaru, dia telah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan mengenai hal tersebut.

Beri keterangan hampir 2 jam

Menerusi laporan Berita Harian, Zed Zaidi hadir ke Menara SKMM bersama peguamnya, Zamri Idrus dan sudah memberi keterangan hampir dua jam.

Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial).

Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa, pelakon yang popular dengan drama Sembilu ini berpesan supaya berhati-hati ketika menulis di media sosial.

Tiada niat sebar maklumat palsu

Peguam, Zamri Idrus memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana telah berkongsi maklumat palsu mendakwa semua negara telah menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.

Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula).

Katanya lagi, Zed Zaidi sendiri tiada niat untuk menyebarkan berita palsu atau mencetuskan panik sebaliknya posting itu hanyalah persoalan peribadi.

Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun.

Lapor Berita Harian lagi, selain Zed Zaidi, SKMM turut mengambil keterangan daripada pemilik sebuah portal tempatan dan seorang orang awam. Mereka didakwa menyebarkan berita palsu mengenai kedatangan ratusan pelancong China di Langkawi Kedah.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×