berita

Hati-Hati Kongsi Maklumat Anak Di Facebook, Anda Mungkin Mangsa Ancaman Siber Seterusnya

October 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Setiap pasangan ibu bapa yang baru dikurniakan cahaya mata sudah pastinya teruja menerima ‘orang baru’ sebagai penyeri rumah tangga. Tentunya ramai yang teruja untuk berkongsi berita gembira itu dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di alam nyata serta laman sosial.

Terkini, muncul trend berkongsi butir-butir terperinci mengenai anak dalam kalangan pengguna Facebook. Siapa sangka, tindakan berkenaan rupanya mempunyai kesan tersendiri kepada keselamatan pelakunya.

Trend bahaya tersebar

Pakar Keselamatan Maklumat UPM, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir memuatnaik status di Facebooknya mengatakan tindakan berkongsi maklumat berkenaan boleh membahayakan dari segi keselamatan siber.

Nampaknya di Facebook sedang menjadi trend memaparkan “Nama Anak-anak Saya” di mana ramai yang berkongsi senarai nama penuh anak beserta maklumat terperinci anak-anak, termasuk, umur, tarikh lahir, tempat lahir, dan lain-lain. Di bawahnya pula ada tertera ayat “Make your own version of this list” yang mengajak/mengundang pembaca memuatnaik maklumat anak masing2 pula.

Ketahuilah, ini sebenarnya satu bentuk social engineering (iaitu satu ancaman siber) untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa, iaitu pemilik akaun Facebook tersebut dan juga anak-anaknya.

Lindungi keluarga dari penyangak siber

Dr Nur Izura juga menegaskan, maklumat berkenaan boleh dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka sendiri. Dia menyeru supaya ibu bapa sentiasa melindungi data peribadi keluarga dan anak-anak untuk keselamatan semua.

Anda takkan terbayang bagaimana maklumat-maklumat ini boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan juga keluarga anda.

Oleh itu, wahai ibu bapa, lindungilah data peribadi keluarga dan anak-anak. Jangan kita terlalu ghairah berkongsi dan terpedaya dengan mesej ajakan atau aplikasi yang cuba memanipulasi pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Buat mereka yang pernah berkongsi butiran di laman sosial, Dr Nur Izura mencadangkan posting berkenaan dipadamkan supaya tidak dapat lagi berterusan tersebar.

Eloklah dipadam posting tersebut (walaupun memadam data di media sosial tidak akan menghapus data tersebut secara kekal, kerana ia masih ada di server). Sekurang-kurangnya ia tidak lagi boleh dilihat warga media sosial dan tersebar merata.

Do not overshare. Lindungi data peribadi. Lindungi keluarga kita dari penyangak siber.

Sumber: Nur Izura Udzir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×