Minuman panas sering menjadi pilihan ramai, terutamanya ketika bersarapan ataupun berehat. Namun, di sebalik kenikmatannya, ia menyimpan risiko terhadap kesihatan.

Artikel Berkaitan: Sedap Tapi Bahaya! Ini Risiko Jika Makan Durian Berlebihan

Artikel Berkaitan: Rahsia Nutrisi Ikan Salmon Untuk Si Bayi, Bantu Pertumbuhan Otak & Menyokong Tumbesaran

Kanser paling kerap berlaku

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan minuman dalam keadaan suhu yang terlalu panas boleh meningkatkan risiko kanser esofagus.

Kanser esofagus merupakan kanser yang menyerang saluran makanan, di mana pendedahan terhadap haba yang tinggi boleh merosakkan lapisan esofagus.

Penemuan melibatkan 23 pakar antarabangsa mendapati bahawa individu yang kerap minum kopi atau teh pada suhu tinggi berisiko menghidap kanser esofagus berbanding mereka yang meminumnya pada suhu sederhana.

WHO turut menetapkan bahawa minuman yang bersuhu melebihi 65 darjah Celsius dikategorikan berbahaya. Haba daripada kopi, teh, atau minuman panas lain mampu merosakkan tisu pada kerongkong.

Kesan luka akibat minuman panas pada esofagus boleh meningkatkan risiko kanser, dan penyakit ini tersenarai sebagai salah satu kanser yang paling kerap berlaku di dunia.

Sementara itu, kajian lain menunjukkan bahawa teh memberi manfaat kepada kesihatan jantung, membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan fungsi otak, serta menyokong pengurusan berat badan.

Secara keseluruhannya, kopi dan teh tidak mempunyai kaitan langsung dengan peningkatan risiko kanser. Namun, faktor paling kritikal ialah suhu minuman tersebut.

Sumber: Hello Doktor