berita

Hati Terguris, Shila Amzah Bersedia Untuk Diboikot

September 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

shilalapc

Ya! Masih lagi berkisarkan mengenai Shila Amzah. Bukan kami tak boleh move on, tapi kami nak kongsi sedikit maklumat yang kami dapat. Tak salah kan?

Semalam telah berlangsungnya sidang media bagi menyelesaikan kemelut Shila yang dikatakan telah difitnah oleh media Melayu selama 9 hari.

Namun, nampaknya pencerahan yang ingin dibuat Shila dan bapanya, ND Lala seolah-olah tak berjaya menjenihkan suasana apabila mereka mengambil peluang tersebut seolah-olah untuk membuat serangan peribadi kepada beberapa pengamal media.

Shila-Amzah1

Menerusi laporan Malaysian Digest, kami difahamkan sidang media itu bertukar ‘fakta’ apabila ND Lala berkata media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Nak tahu apa yang dikatakan ND Lala dalam sidang media itu? Nah, ni kami berikan sedikit petikan:

Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya.

Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta?

Haa, itulah antara bibit-bibit perkataan yang keluar dari mulut bapa Shila Amzah ini. Kalau korang nak tahu, kami dengar pihak Shila siap buat slideshow lagi tau.

sidang-media-shila-amzah-terkilan-fitnah-konsert-ditaja-syarikat-judi

Didalam slideshow tersebut, ND Lala telah memetik beberapa komen yang diberikan oleh wartawan. Malah, dia turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang dikatakan tak setanding kalau nak dibandingkan dengan anaknya.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa ND Lala je yang banyak memberikan ucapan kan? Untuk pengetahuan, Shila hanya muncul diakhir sidang media iaitu pada sesi soal jawab.

Kata Shila, hatinya terguris dengan laporan akhbar yang memfitnahnya dan hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya sebelum ini.

Malah, Shila turut bersedia untuk diboikot dan diberi publisiti oleh media Melayu selepas ini. Hmm, Malaysia, apa kata anda?

SKIP THIS AD ×