berita

Hattan Bakal Nikah Semula Dengan Bekas Isteri

February 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

IMG_6256

Baguslah jika benar apa yang kami baca. Datuk Hattan bakal menikahi semula bekas isteri, Arianie selepas hampir 8 tahun bercerai.

Melalui mStar Online, Hattan ketika ditemui telah mendedahkan perkara itu dan turut memberitahu kemungkinan majlisnya akan diadakan serentak dengan majlis perkahwinan adiknya.

“Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga. Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja.”

Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, keputusan untuk menikahi semula bekas isterinya adalah kerana perasaan sayang yang masih terbuku dihatinya.

“Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan.”

Hattan dan Arianie pernah mendirikan rumahtangga pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai pada 10 Mac 2005. Hasil perkongsian mereka sebelum ini, mereka telah dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman, 14 tahun.