berita

‘Haziq Boleh Dihukum Sebat Sebab Dah Mengaku’ – Mufti Negeri Sembilan

June 20th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pada 12 Jun lalu, seorang bekas pegawai kanan kepada seorang Timbalan Menteri mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video pengakuan bahawa dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video lucah. Klip video berdurasi 30 minit itu turut didakwa melibatkan seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Terbaru, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad memberi pandangan berkaitan kes ini. Menurutnya, Haziq sepatutnya dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang Syariah.

Mengaku dengan rela hati

Mengikut undang-undang Syariah, individu yang mengaku dengan rela hati melakukan dosa termasuk berzina sudah boleh dijatuhkan hukuman.

Kita melihat kepada situasi semasa, seperti apa yang tersebar sekarang ini video pengakuan yang dilakukan sendiri oleh tuan punya badan, dia mengaku telah melakukan perbuatan tersebut, dan jika mengikut Islam sudah boleh disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman.

Sudah boleh mula menjatuhkan hukuman

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad sepatutnya hukuman mengikut undang-undang Syariah sudah boleh dilaksanakan kerana si pelaku sendiri sudah membuat pengakuan dengan fikiran yang waras dan rela hati.

Hukuman adalah sebatan bagi yang bujang dan rejam kepada mereka yang telah berkahwin, tetapi dari segi undang-undang sivil kenalah tunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Jika dia secara terus menerus mengaku melakukan dosa itu, memang sudah boleh dijatuhkan hukuman.

Tambahnya, menurut hukum syarak individu yang mengaku melakukan kemungkaran perlu dihukum. Hukuman juga sudah boleh mula dijatuhkan jika dia berterusan mengaku masih melakukan perkara tersebut ketika siasatan yang berjalan.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×