
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil berkongsi tips kepada seorang individu yang berusaha memperbaiki kualiti solat fardhunya.
Artikel Berkaitan: Komen ‘Upgrade Solat’ Heliza Helmi Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan: Suami Heliza Helmi Mengaku Tak Bersalah Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen
Hazwani Helmi kongsi tips istiqamah solat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mengajukan soalan mengenai cara untuk kekal istiqamah dalam menunaikan solat fardhu lima waktu setiap hari.
Rindu nak istiqamah solat macam dulu , ada tips tak macam mana agar istiqomah melawan kemalasan.
Tolong jangan judge.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Hazwani, 29, yang tampil berkongsi pandangan dengan menyarankan individu itu agar sentiasa menjaga wuduk.
Selain itu, Hazwani turut berkongsi sepotong doa yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk mengelakkan rasa malas dalam menunaikan solat.
Jangan risau, awak selamat.
Baik untuk mengetahui awak mahu konsisten dalam menunaikan solat. Mungkin boleh ikhtiar.
Sentiasa jaga wuduk dan renew wuduk. Susun jadual kita ikut jadual solat.
Insya-Allah rasa ringan nak solat. Boleh juga banyakkan baca doa nabi ajar.
‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kegelisahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat bakhil dan pengecut, serta daripada beban hutang dan penindasan manusia.’
Sumber: Threads @hazwanihelmi








