berita

‘He Is A True Fighter’ – Syed Saddiq Kongsi Cerita Pengorbanan Lee Chong Wei Demi Malaysia

June 14th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Sememangnya keputusan yang telah dibuat hero badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meninggalkan kesan buat rakyat Malaysia. Meskipun sukar untuk terima keputusan yang dibuat jaguh badminton itu, namun, rata-rata rakyat Malaysia akur dan sempat meninggalkan ucapan terima kasih di laman media sosial.

Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq turut berkongsi kisah dan sifat peribadian Datuk Lee Chong Wei sehingga menjadikan pemain badminton itu idola dan hero dalam dirinya.

Beliau adalah idola dan hero peribadi saya

Saya masih ingat lagi menonton filem Dato’ Lee Chong Wei 2 tahun lepas di Stadium Bukit Jalil bersama Tun Mahathir, Tun Siti, DS Azmin & DS Shamsida. Tun Siti sanggup berjalan naik ke tingkat paling tinggi hanya untuk tengok Lee Chong Wei, katanya. Seperti kebanyakan orang Malaysia, beliau adalah idola dan hero peribadi saya.

Semasa berkhidmat di KBS, saya terkejut apabila beliau menyatakan bahawa beliau perlu ke luar negara untuk menjalani rawatan. Pulang dari rawatan, beliau masih menyatakan hasrat untuk bermain untuk negara walaupun dinasihatkan supaya berehat. He is a true fighter.

Ini semua untuk Malaysia


Sebulan yang lepas, saya sekali lagi berjumpa dengan beliau di rumah saya. Dalam perjumpaan itu, walaupun semangatnya masih kuat, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersara awal dari perancangannya. Saya terkejut dan secara peribadi sangat terkesan dengan keputusan ini, kerana beliau adalah idola dan seseorang yang saya pandang tinggi.

Semangat juang Dato’ Lee Chong Wei patut menjadi tauladan untuk semua. Pengorbanan masa, tenaga untuk negara adalah perkara yang kita perlu contohi. Sudah kahwin selama 7 tahun pun, beliau belum pernah pergi “honeymoon”. Ini semua untuk Malaysia.

Makcik cleaner pun dia puji


Katanya, kejayaan ini bukan kejayaan beliau seorang, tetapi kejayaan bersama. Jurulatih, fisio, semua staff di BAM. Di PC tadi, sampai ke makcik cleaner pun dia puji kerana memainkan peranan dalam kemenanganya. Ekosistem yang berjaya adalah resepi kejayaan seorang juara.

His contribution to Malaysia will not stop here. Pihak KBS akan ada beberapa perancangan bersama beliau untuk sama-sama memajukan sukan negara. Untuk masa yang terdekat, beliau akan dinamakan sebagai Chief Demission untuk kontinjen negara pada sukan Olimpik Tokyo 2020. Terima Kasih Dato’ Lee Chong Wei. Jasa anda akan kami dikenang sampai bila-bila.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×