
Bulan Ramadan selalunya jadi masa untuk kita berkumpul dengan keluarga. Tapi bagi sesetengah pelajar universiti yang tak dapat balik kampung, suasana berbuka dan moreh mungkin terasa sedikit berbeza.
Sebab itu, OPPO tampil dengan sebuah acara santai yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga ruang untuk berkongsi cerita, ‘healing’ dan meluangkan masa bersama komuniti.
Acara “Make Your Moment: Sesi Santai Moreh Bersama OPPO x MBUZZ” berlangsung pada 6 Mac 2026 (Jumaat), jam 9 malam hingga 12 tengah malam di Saloma Kuala Lumpur.
Menariknya, acara ini juga akan dihoskan oleh personaliti popular, Fikry Ibrahim yang akan membawa suasana santai sambil bersembang dengan artis jemputan.
Bukan sekadar hiburan, tapi sesi ‘healing podcast’ bersama artis

Sepanjang malam tersebut, pengunjung bukan sahaja akan menikmati persembahan muzik secara langsung, malah turut berpeluang mendengar perkongsian santai daripada artis jemputan menerusi sesi sembang yang diinspirasikan seperti podcast.
Topik yang akan dibincangkan juga sangat dekat dengan kehidupan anak muda seperti:
- Self-awareness & pengurusan stres
- Cabaran hubungan dalam dunia moden
- Work-life balance
- Self-care untuk elak burnout
Antara artis yang bakal berkongsi cerita dan pengalaman mereka termasuk:
- Empty Page
- Nazu
- Naki
- Nabila Razali
Selain sesi sembang santai, setiap artis juga membuat persembahan live, menjadikan malam tersebut lebih meriah dan penuh vibe positif.
Pengunjung juga boleh join interaksi bersama artis
Apa yang menarik, acara ini bukan sekadar sesi sembang biasa.
Hos dan artis jemputan juga akan berinteraksi secara langsung dengan penonton, termasuk mereka yang hadir di lokasi dan yang menonton siaran langsung melalui TikTok MBUZZ.
Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk turut sama berkongsi pandangan tentang topik seperti kehidupan, tekanan belajar, hubungan dan cara ‘healing’ dalam kehidupan seharian.
Moreh percuma sambil ‘chill’ dengan muzik
Sesuai dengan konsep “Santai Moreh”, tetamu yang hadir juga boleh menikmati makanan moreh sambil bersantai dan menikmati persembahan.
Pendek kata, ia memang malam yang sesuai untuk lepak santai selepas terawih sambil melepaskan stres selepas belajar atau bekerja dengan mendengar muzik live sambil borak tentang kehidupan.
Nak tengok live pun boleh!
Bagi yang tidak dapat hadir ke lokasi, jangan risau.
Acara ini juga akan disiarkan secara live melalui TikTok MBUZZ, jadi orang ramai masih boleh menikmati suasana santai tersebut secara dalam talian.
Dengan gabungan muzik, perbualan santai dan suasana moreh yang penuh vibe positif, Sesi Santai Moreh Bersama OPPO x MBUZZ pastinya menjanjikan malam Ramadan yang berbeza.






