berita

HealthMetrics, Lapasar Bakal Terima Sokongan & Bantuan Endeavor Malaysia

April 28th, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Sejak penubuhan Endeavor pada tahun 1997, syarikat ini telah berjaya beroperasi di lebih 37 pasaran merangkumi Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Apa yang lebih mengujakan, Endeavor telah menyokong 45 syarikat di Malaysia sekali gus membantu mereka menjana pendapatan sebanyak RM1.4 bilion dan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 20,000.

Berjaya melepasi panel pemilihan

Syarikat teknologi berimpak tinggi HealthMetrics dan Lapasar berjaya melepasi Panel Pemilihan Tempatan Endeavour Malaysia yang pertama untuk tahun ini, baru-baru ini. Dua syarikat berkenaan berada pada landasan yang betul dan dijangka akan mengembang dengan pesat dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang.

Syarikat Healthmetrics merupakan salah satu platfom yang menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh merangkumi aspek pengurusan faedah dan pengurusan penjagaan kesihatan pekerja dengan sebanyak 4,000 perkhidmatan kesihatan menerusi platfom berkenaan. Manakala, Lapasar merupakan platfom e-dagang dalam talian yang dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada  syarikat dan peruncit.

Jelas Alvin Yuan, yang merupakan Chief Executie Officer (CEO) merangkap pengasas bersama Healthmetric, ini kali kedua syarikatnya melalui proses pemilihan.

Kami telah menemui lebih daripada sepuluh mentor Endeavour dan beberapa bengkel melalui Program ScaleUp Endeavour. Setiap nasihat yang kami terima telah memainkan peranan penting bagi membuat keputusan.

Terus mengembangkan lagi syarikat

Jelas Pengarah Urusan Endeavor Malaysia, Adlin Yusman proses pemilihan di Edeavor akan memfokuskan dan menyediakan khidmat latihan bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing dan mampu memberi pulangan kepada negara dan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, Endeavour Malaysia juga akan berkerjasama dengan Healtmetrics dan Lapasar bagi membantu dan memajukan lagi syarikat yang dibangunkan oleh mereka.

Proses pemilihan di Endeavour adalah untuk memilih mentor dan menyokong usahawan berdaya saing yang mampu memberi manfaat kepada ekonomi menerusi peluang-peluang pekerjaan dan dijadikan sebagai mentor kepada usahwan-usahawan yang lain.

Bergelar sebagai pengusahaa Endeavor tempatan, Alvin, Advent dan Thinesh Kumar akan dibantu sepenuhnya dan mendapat akses terus merangkumi nasihat strategik, modal, dan pasaran bagi meningkatkan skala perniagaan ke peringkat yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari web Endeavor bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.

SKIP THIS AD ×