berita

Hebatnya Ciri E-Wallet Baru Dalam Maybank App Ni, Tawar Wang Tunai Sehingga RM1 Juta Lagi

March 5th, 2019 | by Epul
Kini Trending

Zaman sekarang ni, semuanya cashless, senang tak payah bawak duit banyak-banyak ke sana-sini. Ada di antara kita akan guna e-wallet, korang pun macam tu juga? Kalau jawapan korang ya, jom cuba guna MAE yang menawarkan fungsi hebat tidak sama seperti aplikasi e-wallet yang lain…

Ciri e-wallet baru dalam aplikasi Maybank ni menyambungkan rangkaian perbankan dengan e-wallet dan membenarkan penggunaan Mesin Deposit Tunai serta Instant Transfer untuk kemudahan pengguna. Menarik kan? Meh admin share sikit apa lagi yang best kalau korang guna Maybank e-wallet MAE ni…

Akaun boleh dibuka hanya dengan scan IC atau pasport, 5 minit je dah siap

Bagi memudahkan pengguna, akaun e-wallet MAE ni boleh dibuka secara online hanya dengan scan IC atau pasport, ambik masa kurang dari 5 minit dan tanpa perlu ke mana-mana cawangan Maybank. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah download aplikasi Maybank di App Store atau Google Play Store dan daftar e-wallet ini.

Selepas selesai mendaftar sebagai pengguna, korang boleh terus buat transaksi penambahan wang ke dalam akaun MAE, pembelian, pindahan wang dan sebagainya. Haa, boleh terus asingkan duit untuk kegunaan harian, bayar pinjaman dan pelbagai lagi komitmen bulanan selepas dapat gaji!

Ia disertakan Kad Visa untuk memudahkan urusan transaksi harian korang

Bila korang mendaftar sebagai pengguna MAE, korang akan dapat Kad Visa virtual. Senanglah korang nak shopping dekat kedai yang menyediakan terminal contactless POS VISA di seluruh dunia lepas ni. Ia juga boleh digunakan bersama aplikasi Maybank Pay atau Samsung Pay tau!

Lagi satu, MAE ni membolehkan korang melakukan transaksi penambahan wang dari lain-lain bank melalui FPX, kad debit, online banking dan ATM. Maknanya, kalau korang tak ada akaun Maybank, korang boleh pindahkan duit ke dalam akaun MAE bila-bila masa, di mana-mana!

Pelbagai tawaran dan kemudahan diberikan selepas korang mendaftar menjadi ‘MAE-mber

Admin boleh kata MAE ni sangat sesuai untuk pengguna millennial macam korang sebab dengan aplikasi e-wallet tu, korang boleh beli tiket movie dan flight hanya dengan hanya beberapa klik! Senang kan lepas ni?

Bukan tu je, korang kan rajin lepak makan dengan kawan-kawan, bila nak bayar mesti nak asing bil masa nak bayar kan? Jangan risau, MAE boleh tolong korang settlekan masalah tu dan asingkan bil MAEmber korang. Kalau diorang tak bayar, korang boleh siap send reminder lagi!

Kemudahan yang ditawarkan MAE ni tak terhenti di situ sajaaa. Ia sangat sesuai digunakan oleh pelajar, sebab korang boleh minta duit dengan mak ayah korang melalui satu klik dari aplikasi sama.

Jadi, ajak mak ayah korang download aplikasi Maybank sekarang dan daftar e-wallet MAE ni jugak. Kan senang diorang nak transfer duit dekat korang nanti!

Selain itu, MAE ni juga membolehkan korang melakukan transaksi pembayaran melalui QRPay. Untuk pengetahuan korang, lebih 200,000 kedai di seluruh negara menerima cara pembayaran melalui QRPay tau. Tak nak try? Tak payah bawa duit banyak-banyak dalam poket lepas ni…

MAE juga boleh dinaiktaraf menjadi akaun bank sepenuhnya kalau korang nak!

Haa, bank lain ada tawarkan fungsi macam ni? Tak ada kan… Istimewanya MAE ni, korang boleh naiktaraf akaun e-wallet tu menjadi akaun bank sepenuhnya dengan mudah.

Hanya perlu isi beberapa lagi butiran dalam aplikasi dan datang ke mana-mana cawangan Maybank, puff terus boleh jadi akaun bank dengan fungsi penuh macam akaun bank lain!

Jom download dan daftar sebagai pengguna MAE, wang tunai berjumlah RM1 juta mungkin jadi milik korang!

Scan barcode ni dengan MAE untuk dapatkan RM0.50 secara PERCUMA!

Part ni yang admin suka. Buat korang yang belum download aplikasi Maybank dan daftar sebagai pengguna MAE, korang layak untuk rebut sebahagian daripada RM1 juta hadiah wang tunai dalam kempen terbaru mereka!

Apa yang korang perlu buat hanyalah download aplikasi Maybank dan daftar e-wallet MAE, kemudian ajak kawan-kawan korang download dan daftar sama! Wang tunai mungkin menjadi milik korang! Senang je kan?

Belum ada aplikasi Maybank? Jom download sekarang di App Store atau Google Play Store! Untuk maklumat lanjut mengenai Maybank e-wallet MAE, layari laman web Maybank. Selamat berbelanja!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×