
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi menolak cadangan seorang individu yang meminta agar program nyanyian popular, Akademi Fantasia (AF) diulang siarkan semula.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Tak Faham & Kata Merugikan’ – Suami Heliza Helmi Jelaskan Tujuan Utama GSF
Tak sokong

Menerusi hantaran di platform Threads, seorang pengguna media sosial mengusulkan cadangan kepada sebuah stesen televisyen agar menayangkan kembali semua musim program realiti tersebut.
Kepada Astro, tolong tayangkan semula program Akademi Fantasia. Dari musim pertama sehingga yang terakhir.
Rindulah AF punya diari, apatah lagi konsert mingguan. Saya membesar menonton AF.
Bagaimanapun, hantaran itu mendapat perhatian Heliza yang menolak cadangan tersebut kerana menghormati perubahan ramai bekas peserta wanita yang kini sudah berhijrah.
Jangan lah, ramai dah berhijrah. Jangan ditayang semula ya.
Program Akademi Fantasia pernah mencetuskan fenomena besar dalam industri hiburan tanah air sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan kali terakhir bersiaran pada 2017.
Antara bintang ternama yang dilahirkan menerusi program tersebut termasuk Mawi, Stacy, Hafiz Suip, Mila Jirin, Hazama, Adira, Ara Johari, Syamel dan ramai lagi.
Sumber: Threads








