berita

Hendap Rumah & Perhati Gerak-Geri, Salman Khan Hampir Dibunuh Kumpulan Gengster

August 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan Bollywood telah dikejutkan dengan satu berita seorang aktor popular iaitu Salman Khan dipercayai hampir dibunuh. Lebih mencemaskan apabila cubaan menembak aktor itu dilakukan oleh sekumpulan penembak tepat iaitu Lawrence Bishnoi.

Hampir ditembak

Menerusi laporan yang dipetik daripada The News Minute, pihak plis Faridabad, India memaklumkan mereka telah melakukan penangkapan terhadap salah seorang ahli kumpulan penembak yang terlibat dalam pembunuhan seorang penduduk Faridabad, India iaitu Pravin.

Menurut mereka, suspek yang dikenali dengan nama Rahul alias Sanga aka Baba yang tinggal di Hisar, Uttarakhand telah ditahan pada 15 Ogos yang lalu. Pegawai kanan polis memaklumkan, suspek dan empat orang lain iaitu Manish, Rohit, Ashish dan Bharat juga didakwa terlibat dalam beberapa kes jenayah lain. Dua pistol dirampas selain tertuduh mengaku melakukan pembunuhan lain serta beberapa kes pencerobohan dan serangan terhadap pihak polis.

Siasatan masih dijalankan

Hasil daripada soal siasat, Rahul mengaku dia turut terlibat dalam perancangan membunuh Salman Khan malah pada Januari lalu, dia juga telah pergi ke kawasan tempat tinggal aktor itu yang terletak di Galaxy Apartments di Bandra, Mumbai untuk memantau pergerakannya. Bukan itu sahaja, dia juga telah memerhati gerak-geri aktor itu selama 3 hari atas arahan kumpulan terkenal, Lawrence Bishnoi. Rancangan itu walau bagaimanapun tidak berjaya. Menurut sumber, Bishnoi kini berada di penjara di Rajasthan.

Polis sedang mengenalpasti motif di sebalik konspirasi untuk membunuh pelakon Bollywood itu sementara siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: The News Minute, New Indian Express

SKIP THIS AD ×