berita

Hentak Bayi Ke Lantai, Pengasuh Mengaku Agak Kasar Dengan Mangsa Tapi Tiada Niat Mendera

November 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak nampaknya makin menjadi-jadi pada hari ini. Terbaru, negara digemparkan dengan penularan sepotong video yang memperlihatkan perlakuan seorang wanita mendera bayi yang diasuhnya dengan menampar kepala dan menghentak bayi malang itu ke lantai tanpa belas kasihan.

Menerusi laporan Sinar Harian, wanita yang juga merupakan pengasuh kepada bayi tersebut akhirnya telah ditahan oleh polis atas perbuatannya itu.

Tak berniat mendera

Menurut Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, wanita itu telah ditahan pada Rabu lalu selepas menerima laporan daripada seorang individu mengenai video tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek mengakui dirinya memang agak kasar dengan mangsa namun tidak berniat untuk mendera mahupun mencederakan bayi berkenaan.

Malah suspek juga mendakwa tidak mengingati bilakah kejadian tersebut berlaku.

Anak tak tunjuk perubahan

Beliau berkata pihak polis juga telah mengambil keterangan ibu bapa bayi tersebut dan mereka memaklumkan bahawa bayi itu dalam keadaan sihat dan tidak menemui sebarang kesan lebam di tubuhnya.

Kita juga telah mengambil keterangan daripada ibu bayi terbabit yang memberitahu anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan setiap kali diambil dari rumah pengasuh.

Ibu bayi itu juga mengatakan anaknya dalam keadaan sihat dan tiada kesan lebam ditemui di badannya.

Bimbang keselamatan bayi

Che Zamani berkata terdahulu polis telah menerima laporan berhubung video tersebut daripada seorang wanita yang juga kerani bank selepas dia menerima video berkenaan dari rakannya.

Katanya, wanita tersebut mendakwa dirinya tidak mengenali ibu bapa bayi itu dan hanya membuat laporan kerana risau dengan keselamatan bayi berkenaan.

Wanita itu memberitahu yang rakannya mengirim video berkenaan kerana tidak mahu dia menghantar anak ketiganya kepada pengasuh terbabit berikutan bimbang diperlakukan seperti bayi itu.

Beliau dalam pada itu memaklumkan bayi itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan namun doktor mendapati tiada sebarang kesan akibat didera mahupun dipukul.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×