berita

Hentak Kepala Anak Teman Wanita Di Lantai Van Sampai Mati, Lelaki Dipenjara Seumur Hidup

August 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Hakim Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh, Mohamed Aliff Mohamed Yusoff selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi teman wanitanya.

Hentak kepala bayi sampai mati

Memetik laporan Miror UK, suspek yang berusia 29 tahun itu telah menghentak kepala bayi berusia sembilan bulan, Izz Fayyaz Zayani Ahmad ke lantai kayu sebuah van miliknya. Insiden ngeri yang berlaku pada bulan November 2019 itu dipercayai berpunca selepas tertuduh bertengkar dengan teman wanitanya, Nadiah Abdul Jalil mengenai cara mendisiplinkan mangsa kerana menumpahkan minuman.

Selepas makan malam, tertuduh menawarkan diri untuk menjaga Izz dan Nadiah bersetuju. Tertuduh kemudiannya memandu ke tempat letak kereta bertingkat di Yishun Street 81 dan di sana, dia mula menghentak kepala mangsa ke lantai kayu van. Tertuduh mengambil masa selama 36 minit sebelum membawa mangsa ke hospital.

Dipenjara seumur hidup, disebat 15 kali

Bukan itu sahaja, tertuduh juga menyuruh teman wanitnya menipu pihak hospital dengan menyembunyikan kejadian sebenar yang berlaku. Dia pada awalnya mendakwa mangsa telah terjatuh daripada dukungannya ketika dia menutup pintu van tetapi akhirnya mahkamah mendapati itu hanyalah helah semata-mata.

Semasa perbicaraan, Nadiah mendakwa tertuduh pernah mencadangkan kepadanya mahu mengupah seseorang untuk mengebumikan mangsa secara rahsia. Tidak cukup dengan itu, tertuduh merancang untuk memberitahu orang sekeliling bahawa mangsa hilang selepas setahun kemudian.

Punca kematian mangsa didedahkan sebagai kecederaan akibat terkena objek tumpul. Susulan daripada itu, tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hukuman 15 kali sebatan.

Sumber: Mirror UK, Channel News Asia

SKIP THIS AD ×