berita

‘Hero Yang Tak Bertanggungjawab Juga Yang Korang Simpan Dalam Industri’ – Jihan Muse Perli Fattah Amin Di Twitter?

December 14th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Siapa yang tidak kenal pelawak dan pengacara Jihan Muse ini? Diatas pentas Jihan sememangnya kelakar dengan lawak spontannya, lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan Nabil Ahmad.

Terbaru, Jihan telah memuat naik satu status ‘pedas’ di Twitter. Jarang kita lihat Jihan memerli orang secara terbuka macam ni, jika ada pun ia hanyalah sekadar bahan jenaka diatas pentas. Walaupun tidak menyebut nama ‘hero’ itu, tapi ramai mengandaikan individu terbabit ialah Fattah Amin.

Hero tak bertanggungjawab

Cerita bertambah menarik apabila di dalam status tersebut, Jihan ada mengatakan tentang seorang hero yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sehingga kini gerangan hero tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

Spekulasi netizen

Namun begitu, netizen mula membuat spekulasi dengan mengatakan status tersebut mungkin ada kaitan dengan isu Fattah Amin yang menarik diri disaat akhir untuk muncul di program Meletop baru-baru ini. Tapi betul ke?

Digelar ‘Mak Cik Bawang’

Gara-gara memuat naik status tersebut, terdapat segelintir netizen yang mengecam tindakan Jihan dan menggelarkannya sebagai ‘makcik bawang’. Mereka juga meminta Jihan untuk berhenti bercerita mengenai orang lain dan hanya fokus kepada kandungannya sahaja.

Apa-apa pun kita jangan cepat membuat andaian. Mungkin ini hanyalah luahan hati daripada Jihan dan takda kene mengena dengan Fattah atau sesiapa pun. Diharap agar Jihan tidak berputus asa kerana kami masih lagi memerlukan jenaka dan gelak tawa daripada Jihan untuk menyinari hari-hari kami seterusnya. Kita tunggu sahaja update terbaru daripada Jihan nanti

Sumber: Jihan Muse

SKIP THIS AD ×