
Baru-baru ini, tular satu hantaran dibuat pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe mengenai dirinya yang dijangkiti virus Herpes.
Hantaran tersebut menyorot perhatian ramai kerana Kieda dengan nada berseloroh mengaitkan punca jangkitan yang dialami itu dengan kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’
Dr. Samhan kongsi ilmu

Terbaharu, pempengaruh media sosial iaitu Dr. Samhan Ahmad Awang terpanggil untuk memberikan pendedahan mengenai virus Herpes kepada umum.
Menerusi ciapan di aplikasi X, Dr. Samhan berkongsi tanda-tanda seseorang itu dijangkiti virus berkenaan.
Bila bibir naik gelembung kecil, pedih dan rasa panas ramai fikir itu ulser.
Tapi kalau berulang, ada kemungkinan ia Herpes mulut (HSV-1).
Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti Herpes mulut ialah terdapat gelembung kecil pada bibir, rasa gatal panas dan pedih serta demam ringan yang membuatkan mereka tidak larat.
Jangan terus salahkan pasangan

Dalam pada itu, Dr. Samhan menasihati golongan wanita agar tidak terus menuding jari kepada pasangan sekiranya dijangkiti virus Herpes.
Ujarnya, , jangkitan tersebut boleh berlaku melalui pelbagai cara.
Herpes bukan semata-mata datang dari lelaki. Virus ini sangat mudah berjangkit, dan ramai orang tak sedar mereka dah bawa virus ni sejak kecil.
Cara virus ni boleh merebak adalah dengan ciuman, walaupun tiada luka nampak.
Selain itu, melalui ‘oral sex’ dengan pasangan dijangkiti serta menggunakan barang peribadi orang lain atau berkongsi barang seperti lip balm, gincu dan penyedut minuman.
Boleh juga dijangkiti melalui sentuhan tangan dari kawasan dijangkiti ke mulut sendiri.
Di akhir perkongsian, Dr. Samhan mengingatkan orang ramai untuk menjaga kebersihan supaya dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti Herpes.
Posting Dr. Samhan
Sumber: Aplikasi X Dr. Samhan








