berita

He’s Too Cute – Ahmad Dhani Tawan Hati Nora Danish

February 4th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Ahmad Dhani & Nora Danish8

Baru-baru ini Nora Danish telah terbang ke Indonesia bagi menjalani penggambaran untuk sebuah program tayangan Astro Ria yang berjudul ‘Republik Cinta Ahmad Dhani.’

Sepanjang sesi penggambaran program tersebut, terdapat juga beberapa gambar yang menunjukkan Nora Danish menjeling manja kearah Ahmad Dhani dan mereka kelihatan sungguh serasi apabila digandingkan bersama. Mesti ramai peminat Nora di luar sana jeles melihat kemesraan mereka berdua kan?

Ahmad Dhani Tawan Hati Nora Danish

Bukan itu sahaja, malah pelakon jelita ini turut memuji Ahmad Dhani dengan caption berbunyi, “He’s too cute” di laman Instagramnya. Wah, terer sungguh Ahmad Dhani tackle hati Nora Danish ya!

Menurut Nora, program ‘Republik Cinta Ahmad Dhani’ ini adalah khusus untuk tontonan peminat-peminat Ahmad Dhani sendiri, di mana ia bakal menceritakan segala isu-isu yang berkaitan dengan muzik ciptaan penyanyi ini dan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria.

Jom layan foto-foto Nora Danish bersama Ahmad Dhani selepas ini :

Sumber : Instagram Nora Danish

SKIP THIS AD ×