berita

Hi-Tea Gaya Orang Mewah, Korang Wajib Cuba 3 Menu Istimewa Berasaskan Tomato Ini

February 25th, 2019 | by Epul
Kini Trending

Mesti ramai di antara korang tak tahu sebenarnya bulan Mac adalah musim penghasilan buah tomato kan? BBC News juga melaporkan tomato merupakan buah kegemaran dunia kerana ia mampu mencegah penyakit kanser, bagus untuk hati dan boleh menguatkan tulang dengan kandungan vitamin K serta lycopene menurut GroovyGreenLiving.

Restoran Vasco’s di hotel 5 bintang terkemuka, Hilton Kuala Lumpur mengambil kesempatan ini supaya menggalakkan kita mengamalkan tomato dalam diet seharian dengan memperkenalkan 3 menu istimewa mereka yang berasaskan tomato. Semuanya ada dalam set minum petang istimewa #TeaWithHilton… Nak tau menu apa yang ada?

3 menu baru, padankan dengan satu teko teh. Umph!

Bermula 1 hingga 31 Mac ini, korang boleh cuba pilihan pastri dan sandwic baru berperisa seperti Sun-dried Tomato Focaccia, Baked Tomato Éclair dan Chicken, Tomato and Oregano Croquette. Kalau korang order set ni, ia akan dihidangkan dalam pinggan 3 tingkat serba mewah. Bukan nampak mewah je, rasanya pun sedap!

Tak cukup dengan itu, korang boleh lengkapkan sesi ‘chit chat’ minum petang bersama kawan-kawan sambil mencuba 3 menu baru ini dengan satu teko teh istimewa. Lebih 30 campuran korang boleh pilih ikut cita rasa. Haa, sekarang lengkap sesi minum petang korang dengan BFF!

Set minum petang istimewa #TeaWithHilton ini berharga RM88 seorang dan boleh didapati bermula 1 hingga 31 Mac saja dari jam 3 hingga 5 petang setiap hari di restoran Vasco’s Hilton Kuala Lumpur. Cepat! WhatsApp BFF masing-masing ajak minum petang kat Hilton Kuala Lumpur!

Untuk tempahan, sila call +60 3 2264 2264 atau emel ke [email protected]. Selamat menjamu selera!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×