berita

Hidang B*bi Untuk Delegasi, Bilik Media Tongkang Pecah, Filipina Memang ‘Fail Teruk’ Anjur Sukan Sea

November 27th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sukan Sea 2019 bakal berlangsung di Filipina bermula 30 November ini dan dijadualkan tamat secara rasmi pada 11 Disember. Berbekalkan semangat kesukanan tinggi demi membawa nama negara, atlet seluruh Asia Tenggara bakal beradu tenaga dan kekuatan.

Walaubagaimanapun, cabaran hadir lebih awal apabila penganjur bertindak ‘menguji’ delegasi dengan pelbagai ‘kejutan’.

Bilik sidang media paling fail!

Viral di laman sosial beberapa keping foto bilik sidang media sukan yang diadakan setiap 2 tahun itu yang kelihatan masih dalam pembinaan. Backdrop yang disediakan juga kelihatan terlalu kecil untuk sebuah acara berprestij melibatkan banyak negara.

Jadual manual

Lapor New Straits Times, ada pemain bola sepak yang terpaksa tidur atas lantai dan tersekat di lapangan terbang, pengangkutan kucar-kacir selain kekurangan air minuman serta makanan tidak sesuai untuk atlet dihidangkan. Masalah berkenaan telah memberi kesan kepada perlawanan yang bermula sebelum acara rasmi, Sabtu ini.

Jurulatih dari Thailand, Malaysia, Vietnam, Cambodia dan Myanmar telah meluahkan kekecewaan masing-masing atas masalah menimpa pemain mereka.

Delegasi Indonesia termakan babi

Seorang pegawai media Indonesia kecewa dengan pihak penganjur apabila penganjur gagal membezakan label makanan halal dan tidak halal sehingga menyebabkannya termakan babi.

Menurut Gatot Widardo, kerana kesilapan penganjur, dia terlanggar ajaran pemakanan agamanya yang melarang pemakanan haiwan tersebut.

Logo pun kena bahan

Sumber: New Straits Times, Twitter, Gma News Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×