berita

Hidap Kanser Otak Tahap 4, Adik Ahmad Daniel Hembus Nafas Terakhir

October 25th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kanak-kanak lelaki adik Ahmad Daniel Bin Ahmad Suhairi disahkan menghidap Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) iaitu sejenis kanser otak tahap empat pada Mac lalu telah bertemu Ilahi pada pukul 4.00 pagi tadi. Arwah adik Ahmad Daniel bercita-cita ingin menjadi seorang anggota penyelamat dan pernah direalisasikan impiannya itu apabila disarungkan uniform serta dibawa menaiki jentera bomba. Al-Fatihah.

Selamat tinggal adik Daniel

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/736971630063601/?__xts__[0]=68.ARBn7OAqhYj1UyATA0TPQfutePEHErmZnVab_t9-rCcMKVkEoIqa98cKOssqzZZL51dXlPwi7h6TALEcn8lojXlaUSSCKts-78GK310Fq62d8wxshemt3s9Fj9E2uEBJ4vgPk2qzxeVmR5w3m5KPJXcrtHqjJ_GM2BXDZ2sEg3izBibTp0sr-Kr5Oos3FegMMOJ9PfsakPvLYwXx-Be9z1uuWL1O5r2P95YoQHYWBaYJnfvY84kK_V4OysqGD0vRfa7OoprCRvP0z2Ma6bGtMc32zdO2m4M6HRsc–ReV0kSr68aznj1MSDFNY-SnK_fL-oFMt9eYNVRQUgfXT_5H80dc1rsO66GiUc&__tn__=-R

Sebelum ini, arwah adik Ahmad Daniel meluahkan hajatnya yang bercita-cita ingin menjadi anggota penyelamat dan pihak Bomba menunaikan permintaannya itu dengan menyarungkan pakaian uniform bomba serta dibawa menaiki jentera bomba di sekitar Beserah. Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Beserah, Kuantan, Pahang pada jam 4.00 pagi tadi.

Allahyarham adik Ahmad Daniel disahkan mengidap kanser otak tahap empat pada Mei lalu. Menerusi laporan Buletin TV3, ibu kepada adik Ahmad Daniel iaitu Noor Aznie Abu Kassim berkata jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beserah, Kuantan sebelum Solat Jumaat hari ini.

Rata-rata seluruh rakyat Malaysia mendoakan akan pemergian arwah adik Ahmad Daniel yang pergi menghadap Ilhai pada hari Jumaat mulia ini. Semoga urusan arwah dipermudahkan. Al-Fatihah.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×