Penyanyi dan pengacara Adibah Noor disahkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, pada pukul 7.40 malam, hari Sabtu.
Berita sedih
Berita duka itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.
Allahuakbar terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia.
Ketika dihubungi, Emylia berkata dia dalam perjalanan menuju ke pusat perubatan swasta terbabit.
Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi.
Sakit kanser
Sementara itu, rakan seperjuangan Allahyarham di pentas GV-8 iaitu Ani Maiyuni, arwah yang berusia 52 tahun difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan.
Sumber: Facebook @Emylia Rosnaida