berita

Hidap Kanser Tahap 4, Peluang Hidup 30 Peratus, Sonali Bandre Kongsi Inspirasi Buat Wanita Kanser

December 1st, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Jika anda meminati filem dari Bollywood pasti anda juga mengenali pelakon cantik jelita Sonali Bandre. Lakonannya yang mantap dalam filem Hum Saath-Saath Hain bersama hero Salman Khan menjadi sebutan peminat Hindi sampai sekarang.

Namun, ramai yang tidak tahu pelakon wanita ini telah disahkan menghidap kanser pada Julai 2018 dan menjalani rawatan di New York. Semangat dan kekuatan penghidap kanser seperti Sonali Bandre perlu dijadikan iktibar buat semua orang.

Kanser tahap 4

Setelah dipujuk oleh suaminya iaitu Goldie Behl untuk mendapatkan rawatan sepenuhnya di New York, akhirnya pelakon ini bersetuju. Setelah tiba di sana, doktor pakar telah mengesahkan Sonali Bandre menghidap kanser tahap 4 dan mempunyai peluang untuk teruskan hidup sebanyak 30 peratus sahaja.

Seakan tidak mampu terima ketentuan

Pelakon yang berusia 44 tahun ini tidak merasakan kesedihan atau terkejut sebaik sahaja terima khabar mengenai kesihatannya itu. Pada mulanya, dia seakan tidak mampu menerima ketentuan ini lebih-lebih lagi ada juga individu yang mengatakan “Mengapa anda menghidap penyakit ini, sedangkan anda seorang yang positif?”.

Terus memberi inspirasi kepada semua

Sonali Bandre juga pernah menyalahi dirinya sebagai punca menghidap penyakit ini. Selepas dia berjumpa dengan seorang Pakar Psikiartri di New York, pakar tersebut telah membuka matanya dengan memberi kata-kata semangat untuk tidak terus salahkan diri sendiri dan terus berjuang hidup.

Menurut Pakar Psikiartri, pelakon wanita ini menghidap penyakit tersebut adalah berpunca dari faktor keturunan atau virus. Setelah kira-kira 4 bulan mendapat rawatan di New York, Sonali Bandre kembali ke rumahnya di India dengan semangat baru dan kelihatan dia juga sering berkongsi kisah perjalanannya di akaun Instagram buat pengikut.

Be aware and do the tests

Malah, dia turut menasihati agar wanita-wanita yang juga senasib dengannya agar tidak mudah putus asa. Wanita diluar saja juga dinasihatkan untuk kerap melakukan ujian kesihatan demi diri anda sendiri.

Sumber: Sonali Bandre,