berita

Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran

February 14th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Norhidayah Muhd Ali atau Hidayah tidak bersetuju dengan tindakan pelawak, Ali Puteh untuk membayar sejumlah RM60000 kepadanya secara ansuran sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah pada 18 Februari tahun lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Hidayah Tak Guna Sihir, Ali Ni Memang Hati Berniat Buruk, Dia Memang Nak Rumah Tu’ – Jiran Abam Bocey

Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah

Bayar Segera

Hidayah balu Allahyarham Abam Bocey, menyatakan bahawa pihaknya sudah memberikan tempoh masa yang agak lama kepada pihak Ali untuk menjelaskan bayaran. Tambahan pula dia tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

Dalam pada itu, Hidayah juga berkata bahawa peguamnya tidak pernah menerima sebarang surat daripada pihak Ali berkenaan bayaran secara ansuran tersebut, sebagaimana yang di nyatakan oleh pihak Ali sebelum ini.

Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata bahawa bayaran tersebut akan dibayar secara ansuran kepada Hidayah dan menyatakan bahawa peguam bagi kedua-dua belah pihak masih berbincang tentang proses pembayaran.

Sebelum ini, akibat daripada mengeluarkan kata-kata mengaibkan kepada Hidayah menerusi hantaran di Instagram (IG) dua tahun lalu, Ali dan tiga lagi ahli keluarganya diperintahkan oleh Mahkamah Seksyen untuk membayar RM60000 kepada Hidayah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×