berita

Hidden Gems: MR Gadget-X Sri Muda & MR Gadget Desa Mentari Tawar Produk Serendah RM2. Murahnya!!

December 5th, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Tengah cari aksesori untuk smartphone baru ke tu? Haa.. Ni kami nak kongsikan kat mana korang boleh dapatkan pelbagai aksesori gadget berkualiti dengan harga terbaik. Tak jauh pun, dekat Shah Alam je wei!

Min kalau bab gadget memang takde tempat lain selain, MR Gadget-X Sri Muda MR Gadget Desa Mentari. Min memang suka dengan kedua-dua kedai ni sebab mereka tawarkan banyak pilihan dan semuanya updated guys.

MR Gadget-X Sri Muda & MR Gadget Desa Mentari tawar promosi kaw-kaw kasi licin!

Ramai yang tak tahu tentang tawaran yang MR Gadget-X Sri Muda MR Gadget Desa Mentari  berikan, ruginya korang yang tak tahu tentang hidden gems ni. Kedua-dua kedai ni selalu gila buat promosi. Harga runtuh wei! Memang murah sangat! Tipu la kalau tak tergoda nak membeli, Harga cuma serendah RM2 bila ada promosi.

Jujurnya, min kalau pergi sini memang borong sakan. Nak-nak kalau ada promosi. Macam baru-baru ni, min singgah nak usya headphone baru. Eh! Rupa-rupanya mereka tengah buat sale. Memang terkopak jugak la min membeli.

Phone casing dan semua jenis cable promosi kaw-kaw!

Korang yang suka tukar-tukar phone casing tu, ni la masa terbaik nak membeli. Promosi kali ni dahsyat, beli 2 percuma 1, Tapi kalau korang beli 3 korang akan dapat 2 casing secara percuma. Bukan itu sahaja, cable pun ada promosi. Beli 2 percuma 1, kalau beli 3 percuma 2. Nice!

Jualan akhir tahun bermula serendah RM2 wei!

Memang tak sangka barangan yang ditawarkan bermula serendah RM2 dan min perasan MR Gadget-X Sri Muda MR Gadget Desa Mentari ni bukan saja menjual aksesori telefon tapi mereka juga ada  Original Marvel Action Figure, blok kayu untuk kanak-kanak, microfone karaoke, keychain dan banyak lagilah.

Nak tahu apa yang mereka tawarkan untuk promosi gila-gila kali ni? Kena la baca sampai habis.

Original PINENG PN936, 10,000 mAh Power Bank RM 26 (waranti 1 tahun)

Original PINENG PN985, 10,000 mAh Power Bank RM 29 (waranti 1 tahun)

Serius berbaloi-baloi korang. Harga macam ni, memang tak dapat la dekat kedai gadget lain. Min sendiri terkejut dengan harga yang mereka tawarkan.

Figura Aksi Marvel pun ada! Original guys!

Korang dekat luar sana yang gemar kumpul figura anime, gundam, topeng mask raider, ultraman dan sebagainya tu, boleh tambah koleksi korang dengan kumpul figura-figura original superhero Marvel.

8 karakter utama untuk Original Marvel Action Figure termasuklah Thor, Iron Man, Captain America, Black Panther, Spiderman, Thanos dan Ant-Man didatangkan khusus buat korang. Koleksi ni memang superb. Harga asal RM80, sekarang tinggal RM39 je. Rugi tak beli dengan diskaun 50% ni!

** Kesemua promosi hanya sah sehingga 24 Januari 2020

Tak lekang dengan senyuman & mesra pelanggan!

Selain tu, nilai tambah kedua-dua kedai ni ialah kemesraan staff mereka. Masuk je kedai, staff akan terus tanya nak cari apa. Memang lain macam servis dia. Kalau ada apa-apa persoalan korang boleh tanya dan minta pendapat mereka. Memang membantu sangat!

Kalau korang nak beli gadget dengan kualiti tip top tapi harga mampu milik, MR Gadget-X Sri Muda & MR Gadget Desa Mentari  la tempatnya. Staff mereka pun manis-manis orangnya. Dekat bawah ni min share location. Senang la korang nak cariMR Gadget-X Sri Muda & MR Gadget Desa Mentari ni nanti.

Nak tahu tentang promosi terkini MR Gadget-X Sri Muda MR Gadget Desa Mentari? Korang klik je link dekat bawah.

Facebook: MR Gadget-X Sri Muda

Facebook: MR Gadget Desa Mentari

SKIP THIS AD ×