Erica Abi Wright atau lebih dikenali sebagai Erykah Badu merupakan penyanyi berasal dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan genre muzik R & B , hip hop dan jazz. Beliau dikenali sebagai “First Lady of Neo-Soul” or the “Queen of Neo-Soul” kerana muzik yang dibawakan sesuai dengan jiwa-jiwa peminatnya.
Terbaru, penyanyi tersebut berkongsi pengalaman pelik ketika menjalani ujian Covid-19 sebanyak 3 kali. Keputusan yang diterima adalah berbeza walaupun diuji dalam masa sehari. Boleh pula macam itu ye?
Keputusan ujian berbeza
Menerusi laman Twitter, penyanyi tersebut kongsi pengalaman didapati positif dan negatif 3 kali selepas membuat ujian tersebut. Lebih menghairankan apabila ujian tersebut dilakukan pada hari yang sama dalam masa 24 jam. Menurutnya ujian hidung di belah kiri didapati positif, manakala di sebelah kanan didapati negatif.
Perkara ini menimbulkan kemarahan dan dia turut mempersoalkan apa yang berlaku. Dia meminta kembali wang nya kerana perkara ini sepatutnya tidak berlaku.
Kami perlukan kajian terperinci mengenai ujian ini. Saya mahu duit saya kembali.
Menurut sumber portal Dailynews, Erykah Badu tidak mengalami gejala klinikal Covid-19 namun melakukan ujian tersebut demi keselamatan semua.
Kena ambil ujian PCR
Manakala di ruangan komen, rata-rata menyuruh agar penyanyi tersebut mengambil ujian lain yang lebih tepat. Menurut mereka, ujian cepat antigen Covid-19 tidak begitu tepat memandangkan ramai di kalangan artis terpaksa melakukan ujian ini kerana keputusan diperoleh adalah lebih cepat berbanding PCR.
Walau bagaimanapun, ujian PCR dilaporkan lebih tepat dalam mengesan jangkitan Covid-19 daripada jenis ujian lain. Netizen juga berharap agar Erykah Badu membuat kuarantin kendiri di rumah sebelum memulakan penggambaran di luar demi menjaga keselamatan pihak produksi.
Sumber : Dailynews, Erykah Badu