berita

Hidup Arwah Di Masjid 5 Waktu, Guru Mengaji Maut Sewaktu Ke Masjid Solat Subuh

June 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak kerajaan mengumumkan umat Islam boleh menunaikan solat di masjid dan surau, ramai yang mengambil peluang tersebut meskipun, bilangan jemaah yang ditetapkan adalah terhad. Di Facebook, hajat seorang guru mengaji iaitu Ustazah Latifah untuk menunaikan solat Subuh di masjid tidak kesampaian selepas dia maut dalam satu kemalangan.

Berjalan kaki ke masjid

Berjalan kaki lalu dirempuh kereta ketika perjalanan solat Subuh ke masjid setelah sekian lama tak ke masjid kerana halangan PKP. Hidup arwah hanya di masjid 5 waktu. Berjalan kaki di masjid saban waktu mengajar Al-Quran anak mukim wanita sudah sekian lama tanpa jemu. Sebulan Ramadhan, kelibat arwah pasti di masjid sepenuh masa bertadarus. Pendek kata, hidupnya sentiasa terikat di masjid dan dengan Quran.

Sesungguhnya Allah akan kembalikan kita semua mengikut amalan dan tempat kesukaan kita semua. Maka beruntunglah andai dikembalikan dalam keadaan yg baik seperti ini..Satu pengakhiran yang diimpikan semua. Demi Allah, kami penduduk mukim Kedai Mulong/Nilam Puri menjadi saksi di atas segala kebaikan dan amal soleh arwah! Semoga Allah rahmati dan ampuni Ustazah Latifah (Guru Quran Masjid Nilam Puri) dan dikurniakan Syurga kelak. Amin.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, Ustazah Latifah akan berjalan kaki setiap hari ke Masjid Al-Fattah, Nilam Puri, Kelantan untuk menunaikan solat lima waktu. Sepanjang kehidupannya juga, dia banyak menghabiskan waktunya tanpa rasa jemu mengajar anak mukim wanita mengaji Al-Quran. Jika di bulan puasa pula, kelibat arwah sering dilihat di masjid sepenuh masa bertadarus.

Menurut Penang Kini, arwah meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.

Sumber: Penang Kini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×