Perkongsian terbaharu di platform Threads milik bekas suami pelakon kepada Norreen Iman iaitu Razzi Razak menuai perhatian apabila dia meluahkan perasaan berkaitan kehilangan seseorang yang disayangi.

Artikel Berkaitan: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu

Sayang orang yang sama

Menerusi hantaran tersebut, Razzi berkongsi perasaan mengenai kesukaran melepaskan seseorang, namun tetap menerima takdir dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Walau sakit terpaksa dilepaskan, hidup mesti diteruskan.

Dalam perkongsian sama, Razzi turut mengakui bukan mudah untuk mencari pengganti yang memiliki kebaikan seperti individu yang pernah hadir dalam hidupnya.

Sukar jumpa pengganti baik seperti dia.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana individu secara khusus, rata-rata warganet beranggapan kenyataan tersebut ditujukan kepada bekas isterinya, Norreen.

Terdahulu, pada 21 Mei lalu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Norreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Threads