Sekadar gambar hiasan
Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rumah tangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke jannah. Namun setiap perhubungan pasti diuji dengan dugaan dan cabaran.
Itulah yang dilalui seorang wanita ini apabila mendakwa rumah tangganya musnah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.
Bercerai sebab campur tangan keluarga
Sekadar gambar hiasan
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok memaparkan pasangan suami isteri ini dalam perjalanan ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan perceraian mereka. Dakwa wanita ini, ketika itu hubungan dia dan suaminya masih baik dan mereka saling berbalas WhatsApp namun sikap suaminya berubah selepas kehadiran keluarganya.
Dalam perjalanan nak pergi bercerai. Masa ni dia okay, kami dua je. Masih berdua. Tengah tunggu hakim panggil, dia WhatsApp aku gurau-gurau. Selesai cerai, tiba-tiba muncul ahli keluarga dia. Mula sikap dia berubah.
Aku seorang diri tak bawa keluarga sebab keluarga aku faham dan tak mahu masuk campur hal keluarga anak-anak.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang akui simpati dengan nasib yang menimpa pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka sempat berkongsi pengalaman sama yang dilalui apabila rumah tangga musnah dek campur tangan keluarga.
Pengalaman netizen
Sumber: TikTok