Pempengaruh Indonesia, Atta Halilintar, mendedahkan bahawa dia kini menghidap ekzema kronik, sehingga hanya boleh beraktiviti di luar rumah apabila hari mulai gelap.

Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Pilih Angka Tarikh Lahir Anak Sulung, Korban 22 Ekor Lembu & Kambing Sempena Aidiladha

Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Akui Mencabar Jadi ‘Daddy Muda’, Gembira Lihat Ameena & Azura Disayangi Ramai

Kulit jadi merah

Memetik laporan Kompas, keadaan ini berpunca daripada kulit Atta yang sangat sensitif terhadap sinaran matahari secara langsung.

Kalau kena cahaya matahari, kulit saya akan terus merah dan menggelupas sebelum luka dan akhirnya terkopek juga kulit itu.

Hidup saya macam vampire kerana penyakit ekzema.

Menurut Atta, kulitnya boleh terasa pedih sehingga lima hari jika terdedah kepada sinaran matahari secara langsung.

Kebanyakan aktiviti termasuk bersukan semua dilakukan tanpa terkena pancaran cahaya matahari.

Tak semestinya saya perlu berada dalam bilik berhawa dingin, tapi saya nak elak cahaya matahari sahaja.

Isterinya, Aurel Hermansyah, yang turut hadir dalam sesi temu bual itu, mendedahkan bahawa banyak aktiviti terpaksa dimulakan lewat petang sehingga malam demi kesihatan kulit suaminya.

Kalau kami bercuti di Bali juga, semua aktiviti dengan Atta akan mula selepas jam 5 petang.

Sumber: Kompas