berita

Hidup Tanpa Batasan! UNI5G Bagi Peluang Gambar Korang Terpampang Di Skrin LED Gergasi Pavilion?

May 17th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

 

Geng Gen-Z diluar sana tu korang semua mesti telefon melekat kat tangan je betul tak?

Yelah, nak scroll IG, usha TikTok crush, post content TikTok tu semua mestilah kena ada internet yang pantas kan? Kalau takde internet yang laju boleh serabut hidup!

Sekarang ni, jom min share dengan korang tentang event UNI5G yang korang wajib pergi untuk alami sendiri pelbagai aktiviti menarik serta pengalaman internet pantas 4G & 5G!

Peluang rakam video 3D dan akan ditayang di skrin LED Pavilion? Wah, biar betul?!

Untuk pengetahuan korang, Unifi Mobile Malaysia akan melancarkan event UNI5G yang akan berlangsung pada 19 Mei hingga 21 Mei 2023 bertempat di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang menarik adalah korang berpeluang untuk merakam video 3D dan video tersebut akan ditayangkan di skrin LED yang besar kat Pavillion tu tau!

Amacam? Korang berani tak untuk cabar diri korang ni! Come on lah Hidup Tanpa Batasan kan?

Buat korang yang shy shy jangan risau korang boleh je muat turun softcopy video korang tu! Ha..boleh lah simpan buat kenangan kan? Atau boleh lah show off kat family and kawan-kawan korang je!

Jadi, untuk sesi ni korang jangan lupa datang pada 20 Mei 2023 ni pada pukul 6 petang hingga 8 malam tau! Jangan lupa save the date!

Peluang ajak selebriti dan influencer favourite korang untuk join sekali buat aktiviti yang best di sini!

Selain itu, buat peminat MK-KClique, Noki, Elizabeth Tan dan Vokey korang jangan lepaskan peluang yang berharga ni untuk jumpa diorang ni tau!

Bukan setakat jumpa je, korang juga berpeluang untuk buat aktiviti yang best-best bersama diorang! Wah, teruja nya!

Bagi memudahkan korang, min akan share tarikh dan masa bagi sesi temu ramah bersama artis dan influencer favourite korang ni:

  • 19 Mei (6-8 malam) – Elizabeth Tan
  • 20 Mei (6-8 malam) – MK dan Noki K-Clique
  • 21 Mei (6-8 malam) – Vokey

Senang lah nak plan nanti kan?

Rebut peluang menangi telefon pintar Samsung Galaxy S23+, tiket bola dan banyak lagi!

Dalam acara ni juga, korang berpeluang untuk menangi telefon pintar Samsung Galaxy S23+, baju jersey, tiket perlawanan bola sepak Malaysia dan banyak lagi!

Macam mana nak menang? Senang je! Korang hanya perlu melanggan mana-mana pelan mudah alih UNI5G dan pastikan korang mengambil bahagian dalam aktiviti di acara tersebut.

Selain itu, ada juga aktiviti permainan virtual reality yang korang boleh cuba! Menarik kan?

Bukan itu sahaja! Korang juga boleh join dalam challenge TikTok #UnstoppableRap Unifi bersama selebriti dan influencers ni!

Macam mana nak join? Senang je korang cuma perlu gunakan filter Unifi dan upload video korang dekat TikTok.

Korang juga boleh download lagu favourite korang di Spotify dengan #UnstoppablePlaylist Unifi so that korang boleh tengok berapa lama korang punya playlist tu boleh go!

Mesti korang seronok bila boleh akses semua playlist menggunakan akaun korang sendiri!

Bawa pulang telefon pintar pilihan korang dan jimat sehingga RM1,500 dengan pelan pascabayar UNI5G ni!

Jangan lupa juga untuk singgah ke booth yang tersedia dan ketahui lebih lanjut tentang pelan mudah alih UNI5GG, termasuk pelan prabayar dan pascabayar dengan pakej telefon pintar 5G.

Untuk pengetahuan korang, pelan Unifi ni bermula dengan harga serendah RM10 sahaja bagi pek permulaan prabayar dan korang hanya perlu tambah RM35 sebulan untuk nikmati data 5G dan panggilan tanpa had. Jadi boleh lah korang guna tanpa sebarang gangguan!

Apa yang lagi best tentang UNI5G ni, korang tak perlu sign kontrak pun bila nak tukar pelan. Bukan tu je, korang juga boleh kekalkan nombor telefon lama korang tu! Senang lah kan?

Selain itu, buat korang yang nak upgrade telefon pintar 5G baharu, korang boleh je langgan pelan pascabayar UNI5G dan nikmati penjimatan sehingga RM1,500!

Wah, seronoknya! Mesti happy punya lah korang boleh bawa balik rumah smartphone baharu!

Kalau korang nak tahu, pakej pelan pascabayar telefon pintar UNI5G ini bermula dari hanya RM89 sebulan dan hadir dengan pakej data 4G + 5G dan panggilan tanpa had.

Unifi juga tawarkan flexibility dekat korang untuk tambah sehingga lima talian dengan harga RM39 sahaja untuk setiap bulan bagi setiap talian.

Paling penting korang akan dapat juga pakej data dan panggilan tanpa had yang sama tau. Memang berbaloi!

Untuk maklumat lanjut tentang pelan peranti oleh UNI5G boleh klik sini atau layari laman web rasmi Unifi Mobile Malaysia sekarang!

Jangan lupa juga untuk datang dan ajak kawan-kawan dan family korang semua untuk meriahkan acara UNI5G ni! Jumpa korang di sana!

SKIP THIS AD ×