berita

Highlight ABPBH35: Ini 8 Detik Mengujakan Sebelum & Semasa ABPBH35 Berlangsung!

July 22nd, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Baru sahaja melabuhkan tirai, kehangatan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) masih dirasai. Panas betul Anugerah berprestij tersebut kali ni. Banyak perkara yang berlaku dan ianya diluar expectation banyak pihak!

Jadi, hari ni kita recap detik-detik pahit, manis dan berharga ABPBH 35.

1. Booth sponsor koyak!

Keadaan booth penganjur sebelum dan semasa ABPBH35

Kalau korang nak tahu, sebelum berlangsung ABPBH35 pun dah macam-macam perkara yang jadi. Antaranya booth pihak penaja di koyak. Memang ketar-ketar semua crew ABPBH35 bila tahu benda ni jadi.

Kecoh giler wei masa tu. Nasib baik la bila contact penaja, diorang bagitahu itu memang gimmick yang diorang dah rancang untuk ABPBH35 tahun ni. Baru la semua pihak boleh menarik nafas lega.

2. 10 tetamu misteri hadir di red carpet.

Kredit: NSTP/Team ABP

Tak cukup dengan itu, 10 tetamu misteri hadir pada upacara karpet merah ABPBH35 kali ini.

Tiba-tiba je semasa, pihak penaja YM Syarifah Khyra dan YM Syed Azri masuk berjalan di karpet merah, diorang ni pun ikut jugak dekat belakang. Pakaian semua bukan main glamour lagi-lagi. Min pun tertanya-tanya siapa la diorang ni.

Rupanya-rupanya diorang ni la orang kuat Fellera Skin, Pengasas bersama M Syarifah Khyra dan YM Syed Azri. No wonder la semuanya hadir memberikan sokongan untuk ABPBH35.

3. Ada VOG (Voice of God), korang perasan tak?

Semalam semasa persembahan pembukaan, korang perasan tak ada elemen VOG iaitu suara latar sebelum persembahan pembukaan. Kalau korang tak perasan, korang kena tengok balik, sebab itu adalah salah satu kelainan yang ditampilkan pada tahun ini.

Kalau korang nak tahu effect ni adalah permintaan khusus daripada pihak penaja yang mahukan satu konsep yang berbeza berbanding sebelum ini.

4. Mas Idayu & Sissy Iman berpelukan atas pentas!

@ohbulanofficial

Mummy baik-baik aja ?? Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian #ABPBH35 di TV3 dan di aplikasi Tonton jam 9 malam ini! #ohbulan #ABPBH35 #anugerah #bintang #popular #artismalaysia #fyp #trending #tonton #ekspesilegasiseni

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Banyak perkara yang berlaku pada malam ABPBH35. Siapa sangka kita semua dapat menyaksikan Sissy Iman dan Mas Idayu berpelukan diatas satu pentas selepas satu isu panas yang pernah menghangatkan 1 Malaysia dahulu.

Alhamdulillah, kedua-dua pihak memilih untuk menjaga silaturrahim yang ada dan saling memaafkan diantara satu sama lain. Semoga perkara baik ini menjadi teladan buat semua yang menyaksikan.

5.Kak Lina pompom nangis sampai tak boleh cakap masa terima Anugerah Pengacara Paling Popular!

Siapa sangka setelah 20 tahun berada di dalam industri Kak Lina PomPom atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berjaya menyandang Anugerah Pengacara Paling Popular.

Terharu tengok Kak Lina nangis malam tu. Mungkin dia gembira dengan kejayaan yang berjaya dicapai olehnya setelah sekian lama berada di dalam industri seni tanah air. Kepada Kak Lina, tahniah kami ucapkan dan semoga kejayaan ini terus menjadi penyuntik semangat agar dirinya terus berkembang.

6. Persembahan memukau Tokti!

Kredit: NSTP/Team ABP

Tidak pernah mengecewakan, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH35 turut memukau mata seluruh penonton yang hadir pada malam tersebut.

Menyanyikan lagu Romansa, lagu terbaharunya, kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza jelas menggamatkan lagi suasana malam anugerah berprestij tersebut. Alunan suara dan vokal Tokti memang tip top pada malam tersebut. Min yang dengar pun rasa meremang je. Sedap sangat!

7. Judika hadir buat persembahan!

Kredit: NSTP/Team ABP

Tak cukup dengan persembahan memukau daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, kehadiran mengejutkan Judika pada malam ABPBH35 turut membuatkan penonton yang berada di Istana Budaya bersorak gembira.

Judika mendendangkan dua buah lagu, Bukan Rayuan Gombal dan Aku yang terluka. Serius best! min rasa one of the best performance untuk malam ABPBH35 selepas persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul dan Ramli Sarip.

8. Bell Ngasri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH35.

Kredit: NSTP/Team ABP

Siapa sangka, kempen Bell Ngasri yang lebih dikenali dengan watak Barkoba, menjadi ye kali ini. Alhamdulillah,  setelah 37 tahun berada di dalam industri Seni, Bell Ngasri kini telah diiktiraf artis Komedi Paling Popular sekaligus menggondol Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya bila dah dapat sambutan sebenarnyakan, tapi saya tak cakap la…saya dalam hati saya, saya cakap nanti saya nak pergi umrah sebenarnya. Alhamdulillah, dapat sekali jalan, dia bagi… amin sangat. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak penaja”. Kata Bell ketika ditanya tentang Nazar beliau sebelum ini andai menang pada malam tersebut.

Apa-apa pun tahniah kita ucapkan kepada beliau di atas kemenangannya pada malam ABPBH35!

Tak dilupakan juga ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Fellera Skin yang telah menaja program ABPBH35 pada tahun ni. Memang meriah dan lain sentuhan Fellera Skin tahun ini.

Berminat nak jadi sebahagian daripada keluarga Fellera Skin? Jangan lupa untuk follow instagram diorang. Link ada dekat bawah.

Instagram: @felleramalaysia

SKIP THIS AD ×