berita

Hijabster : Gaya Hijab Ala Timur Tengah

July 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Dewasa ini terdapat pelbagai tutorial gaya hijab yang dipaparkan menerusi media masa. Sama ada menerusi majalah, blog fesyen, dan tidak ketinggalan pula video-video yang dimuat naik melalui youtube. Kesemua tutorial ini amat berguna untuk wanita muslimah yang ingin tampilkan kelainan dan kesegaran dalam penampilan harian mereka.

Oleh itu, pihak OHBULAN! turut ingin berkongsi satu tutorial cara pemakaian hijab yang ringkas dan mudah mengikut gaya ala Timur Tengah. Diharapkan ia berguna untuk pembaca OHBULAN!

Berikut Merupakan Panduan Dan Cara Memakai Hijab Ala Timur Tengah :

Langkah pertama, anda hendaklah membuat lipatan 1/3 daripada bahagian hijab, kemudian gayakannya seperti biasa di atas kepala. Bawakan hijab tersebut kebelakang leher anda dan rapikannya dengan jarum peniti agar ia kelihatan kemas dan tidak mudah bergerak.

Seterusnya, bawakan hujung hijab sebelah kiri ke bahagian atas kepala dan lilitkan ia sehingga 1/2 bahagian kepala. Sematkan lilitan tersebut di bahagian telinga dengan rapi dan padankan ia dengan pin.

Langkah terakhir, ambil hujung hijab sebelah kanan dan tarikkan ia ke hadapan dengan cara memutari bahagian leher. Kemaskan ia sehingga menutupi bahagian dada dan bawakan ia ke bahagian telinga. Seterusnya, sematkan ia dengan pin agar tidak mudah bergerak. Begitu mudah dan ringkas. Selamat mencuba!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Perapi tidak akan menyebabkan rambut anda leper dan berminyak sebaliknya lebihan minyak pada kulit kepala ialah puncanya. Gunakan perapi khusus untuk kulit kepala berminyak dan urut dari tengah hingga hujung rambut. Elakkan terkena kulit kepala kerana ia memang semula jadinya mengeluarkan minyak.

SKIP THIS AD ×