berita

Hijabster : Stailista Keayuan Artis Dalam Lilitan Tudung!

September 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bak kata Ustaz Azhar Idrus penceramah agama yang terkemuka ‘Bertudung itu tidak wajib, menutup aurat merupakan perkara yang wajib. Masih terngiang-ngiang ayat beliau tentang penjagaan aurat. Ini kerana, aurat merupakan benda wajib yang harus dititikberatkan. Aurat, pasti meliputi seluruh tubuh bagi kaum hawa bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Ohbulan menyajikan stailista lilitan tudung yang mampu memberikan imej segar dalam penuh kesantunan!

Diana Amir

Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali Diana Amir merupakan seorang pelakon berkebolehan dalam membawa segala watak yang dipertanggungjawabkan. Beliau yang mula berhijab kelihatan tenang dan menawan setiap imej yang dipergayakan. Pelakon yang kini berlakon sambil berdakwah ini juga dilihat ayu dengan imej terbaru. Lilitan tocang daripada rona warna berlainan mampu menonjolkan personaliti si gadis dalam bergaya. Gaya lilitan tudung berpolos ini juga dapat menyerikan aura keanggunan dalam bergaya tambahan lagi lilitan tersebut dilihat memberikan keterampilan yang luar biasa kepada si pemakai.

Shila Amzah

Popular dengan lagu patah seribu, penyanyi ini iaitu shila amzah telah memutuskan untuk berhijab pada bulan ramadhan yang lalu. Penyanyi kecil molek ini sering mengayakan lilitan tudung selendang daripada warna yang ceria. Pelbagai fesyen yang menarik sering diperagakan untuk membangkitkan imej lain daripada yang lain. Lilitan stail yang memukau ini  memberikan imej yang kemas disamping menyerlahkan aura keanggunan si cantik. Bagi si cantik yang ingin tampil dengan wajah kelihatan penuh, gaya lilitan tanpa sebarang juraian mampu memberikan imej yang terbaik.

Hana Tajima

Hana Tajima Simpson, semakin menjadi buah mulut orang ramai apabila si pereka fesyen berdarah kacukan Jepun-Inggeris yang merupakan pereka fesyen ini memberikan keunikan dalam pengayaan bertudung. Lilitan kemasan yang menampakkan ciri keayuan mampu menonjolkan imej kesantunan yang tinggi pada setiap personaliti beliau. Lilitan yang menarik dan anggun ini memberikan idea kepada si panahan mata untuk lebih segar dalan bergaya.

Yuna Zarai

Berani dan unik. Itu yang boleh digambarkan kepada selebriti Yunalis Zarai atau dikenali sebagai Yuna. Sering memberikan imej lilitan tudung yang lain daripada yang lain pasti menjadi identiti tersendiri beliau. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terukir Di Bintang’ ini sering memaparkan fesyen lilitan tudung daripada rona ceria dan berbentuk pelik. Lilitan sebegini mampu digayakan untuk menyerlahkan kemewahan dalam pengayaan.

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Perapi tidak akan menyebabkan rambut anda leper dan berminyak sebaliknya lebihan minyak pada kulit kepala ialah puncanya. Gunakan perapi khusus untuk kulit kepala berminyak dan urut dari tengah hingga hujung rambut. Elakkan terkena kulit kepala kerana ia memang semula jadinya mengeluarkan minyak.

SKIP THIS AD ×