berita

Hijabster : Tampil Manis Kunjungi Rumah Terbuka

August 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Dalam kemeriahan menyambut lebaran, semestinya majlis rumah terbuka menjadi salah satu aktiviti wajib untuk setiap individu. Majlis ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah ia turut dijadikan sebagai medan untuk para wanita bergaya dengan anggun dan sopan di hadapan rakan-rakan.

Sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka, salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kaum hawa adalah pakaian. Pemilihan pakaian yang cantik dan sesuai mampu meningkatka keyakinan diri seseorang individu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Oleh itu, Sunsilk telah menampilkan satu gaya hijab yang menarik untuk para wanita agar mereka kelihatan lebih manis sewaktu menghadiri rumah terbuka. Untuk mempelajari gaya hijab ini, jom kita lihat video yang telah disediakan oleh Sunsilk.

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Rambut berasal daripada protein. Jadi anda perlu cukup protein. Untuk kulit kepala pula, asid lemak daripada minyak ikan, avokado dan kekacang boleh membantu. Ia bukan saja baik untuk kulit kepala, malah kulit anda juga.