
Umat Islam digalakkan bagi memulakan setiap rakaat solat yang ditunaikan dengan penuh tawaduk melalui bacaan doa iftitah.
Artikel Berkaitan: Waktu Solat Takkan Terlepas Lagi – HUAWEI Watch Beri Peringatan Paling Lembut Untuk ‘Jentik’ Hati Setiap Hari
Artikel Berkaitan: Cara Menunaikan Solat Ketika Banjir: Ringkas, Mudah & Mengikut Kemampuan
Tasbih yang mengagungkan Allah
Doa iftitah bukan sekadar susunan lafaz, tetapi merupakan sebuah ungkapan sebagai hamba yang menyedarkan tentang kebesaran Allah dan menyucikan niat sebelum memulakan rukun-rukun solat yang berikutnya.
Dengan memahami setiap satu maksud dan keindahan di sebalik doa ini, seseorang dapat memulakan solat dengan lebih tertib dan khusyuk, sekali gus menjadikan seluruh ibadah terasa lebih bermakna.
Doa iftitah ini dibaca sejurus selesai takbiratul ihram, iaitu sebelum memulakan bacaan surah al-Fatihah.
Hukum membaca doa iftitah adalah sunat, dan dibaca secara perlahan atau sekadar cukup didengari oleh telinga sendiri.
Namun begitu, jika seseorang terbaca doa iftitah dengan suara sedikit kuat, solatnya tetap sah dan tidak terbatal.
Membaca doa iftitah juga membawa hikmah yang mendalam pada kehidupan kerana ia menjadi ruang bagi seorang hamba merendahkan diri di hadapan Allah S.W.T.
Setiap kalimah di dalamnya penuh dengan pujian dan tasbih kepada Allah. Ia membantu melembutkan hati, menenangkan jiwa dan membuatkan kita berasa lebih dekat dengan-Nya ketika bermunajat dalam solat.
Bahkan, terdapat riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W. menyaksikan pintu-pintu di langit dibuka ketika seorang hamba memuji dan membesarkan Allah dalam solatnya.
Sumber: Taqwa