berita

Hilang 3 Hari Dalam Hutan, Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Selamat Ditemui.. ‘Survive’ Minum Air Lumpur

September 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Australia dilaporkan hilang selama tiga hari sebelum berjaya ditemukan semula oleh pihak polis.

Berjaya dikesan oleh helikopter

Foto: Daily Star

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, mangsa dikenali sebagai Aj Elfalak, keluar bermain di anak sungai berhampiran rumahnya berjaya dikesan oleh helikopter pihak polis. Difahamkan, ketika kanak-kanak itu ditemui dia sedang minum air yang berlumpur.

Mengulas lebih lanjut, kanak-kanak itu hilang dari rumah keluarganya di kawasan luar bandar di New South Wales, pada 3 September lalu. Pada mulanya, ahli keluarga dan rakan terdekat bertindak mencarinya di kawasan sekitar rumah namun, usaha tersebut sama sekali tidak membuahkan hasil sebelum mereka mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak polis.

Sedang minum lumpur

Foto: Daily Star

Menerusi rakaman yang diambil dari helikopter memaparkan kanak-kanak itu sedang duduk di anak sungai cetek terletak hanya 500 meter dari rumahnya dan dia dipercayai sedang minum air berlumpur. Ibu kepada kanak-kanak ini, Kelly dilaporkan pengsan selepas pasukan kecemasan menjelaskan anaknya sudah berjaya ditemui.

Ujar Pasukan Operasi Khas, Gerry Pyke, ketika ditemui tubuh badan kanak-kanak itu meninggalkan kesan luka pada kaki, gigitan semut dan ruam berikutan lampin pakai buang yang dipakainya.

Pakar mengatakan jika (budak itu) memiliki akses ke air, dia akan dapat bertahan dalam jangka waktu lama, daripada masalah dehidrasi. Dan jelas, mangsa menjumpai air dan dengan jelas meminumnya.

Anggota keselamatan meletakkan tangannya di bahu kanak-kanak ini dan dia berpaling ke arah kami dan tersenyum lebar.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×