berita

Hilang Lebih 20kg Dalam Masa 4 Bulan, Gadis Kongsi Tips Diet Mudah Tanpa Perlu Berlapar

January 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan setiap orang mengimpikan untuk mempunyai tubuh badan yang sihat dan berat badan yang ideal. Malahan, pelbagai jenis diet yang dipraktikkan termasuk diet jenis Atkin, kalori defisit dan lain-lain lagi.

Seperti perkongsian seorang gadis di Twitter, dikenali sebagai Zarbella, menceritakan diet yang dilakukan olehnya untuk menurunkan berat badan.

Tempoh selama 4 bulan

Menerusi thread tersebut, gadis itu menceritakan dia sudah kehilangan hampir 20 kilogram setelah melakukan diet tersebut bermula dengan berat asal 89 kilogram. Jelasnya, jika seseorang itu tekad untuk kurus, minum manis sepatutnya dielakkan dan kerap minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Dari segi pemakanan dia menceritakan hanya mengambil nasi sebesar ‘penumbuk’ tapak tangan dan melebihkan pengambilan protein berbanding karbohidrat iaitu nasi.

Senaman yang dilakukan

Di samping itu, senaman yang dilakukan olehnya adalah sangat mudah dan ia boleh dilakukan di rumah sahaja. Rutin senamannya adalah hanya lompat bintang sebanyak 100 kali, sit up 20 kali dan lakukan lompatan lain sebanyak 100 kali.

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada warganet yang memuji perubahan fizikal dirinya.

Sumber: Zarbella

SKIP THIS AD ×