berita

Hilang Passport? Jangan Risau, Ini Panduan Mudah Mohon Emergency Certificate

December 20th, 2018 | by Arini Saleh
Travelogue

Melancong ke luar negara sememangnya menjadi perkara wajib bagi kaki travel. Sudah semestinya passport akan dibawa sekali. Namun ramai yang tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan jika kita kehilangan passport.

Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki yang kehilangan passport miliknya ketika melancong di Berlin. Dia telah berkongsi cara memohon Emergency Certificate melalui laman Twitter.

Emergency certificate

Panduan mohon Emergency Certificate

Jangan panik sekiranya anda kehilangan passport kerana anda boleh memohon Sijil Perakuan Cemas (Emergency Certificate) di Kedutaan Malaysia di negara luar. Sebelum ke kedutaan, anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. Pastikan anda membuat salinan laporan tersebut, just in case kan.

Selepas itu, anda perlu ke Kedutaan Malaysia untuk mendapatkan passport sementara iaitu Sijil Perakuan Cemas. Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri di kln.gov.my.

Tempoh sahlaku sijil ini sah untuk sekali perjalanan dan untuk ke negara-negara tertentu sahaja bagi tempoh tidak melebihi sembilan bulan.

Dokumen yang anda perlukan ialah borang (IM.42-Pin 97), salinan laporan polis, dokumen bukti warganegara Malaysia serta dua keping gambar berukuran passport.

Syarat am permohonan

Berikut merupakan syarat am untuk anda memohon Sijil Perakuan Cemas. Jangan lupa untuk sediakan wang sebanyak RM50.00 untuk bayarannya.

Kita memang tidak boleh jangka perkara sebegini akan berlaku. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlulah membuat persediaan awal.

Sumber: UnrealbernJabatan Imigresen Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×