Dua hari lepas, dunia digemparkan dengan satu tragedi di mana sebuah kapal selam milik Tentera Laut Indonesia (TNI) dilaporkan hilang di perairan kira-kira 96.56 kilometer dari Utara Bali.
Difahamkan, kapal selam yang hilang itu merupakan KRI Naggala-402.
Bawa 53 anak kapal
Foto: Kompas
Menerusi laporan yang dipetik daripada Kompas, kapal berkenaan membawa seramai 53 anak kapal, dan kapal tersebut merupakan kapal keluaran negara German yang dibina pada tahun 1979. Menurut Panglima TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto kejadian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 3 pagi. Difahamkan, KRI Nanggala-402 dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam latihan menembak peluru berpandu di laut Bali.
Kapal selam itu terputus hubungan setelah memberi kebenaran untuk menyelam.
Pada masa yang sama, pihaknya turut meminta bantuan daripada negara Singapura dan Australia yang mempunyai kapal penyelamat untuk operasi KRI Nanggala-402.
Setakat ini, kapal tersebut dipercayai berada di perairan kira-kira kedalaman 700 meter.
Hanya bertahan sehingga Sabtu
Foto: Kompas
Apa yang lebih mencemaskan, apabila bekalan oksigen dalam kapal berkenaan hanya mampu bertahan sehingga Sabtu pagi.
Marilah kita berdoa supaya mereka dapat ditemui segera.
Menurut penganalisis pertahanan, kapal selam tersebut berkemungkinan besar sudah pecah sekiranya ia berada di kedalaman 700 meter yang jauh daripada kemampuannya. Bagaimanapun, sehingga kini proses pencarian masih giat dijalankan dan kapal perang bersama helikopter juga diguna pakai dalam misi pencarian.
Tidak berakhir di situ, negara Malaysia juga turut menghantar kapal penyelamat Mega Bakti dalam membantu misi berkenaan.
Sumber: Kompas