berita

Hilang Sejak 2006, Adik Rayu Abang Pulang Beraya – ‘Kat Mana Pun Kau, Baliklah’

April 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu, keraian ini akan digunakan semua umat Islam untuk berkumpul serta berkunjung ke rumah saudara mara bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang kehilangan ahli keluarga sejak bertahun-tahun lamanya?

Artikel Berkaitan: ‘Zalina Dekat Mana? Raya Tak Lama Lagi, Pulanglah’ – Ras Adiba

Hilang sejak 2006

Tular satu hantaran dimuat naik seorang pemuda di laman Facebook meminta agar abangnya yang difahamkan hilang dari tahun 2006 untuk pulang ke kampung halaman.

Menerusi hantaran pemuda dikenali sebagai Hashimy itu, dia memaklumkan bahawa ibunya begitu rindu akan abangnya itu dan berharap supaya abangnya pulang selagi ibu mereka masih ada.

Hashimy juga mendedahkan bahawa dia sendiri tidak mengetahui sama ada abangnya itu masih hidup ataupun tidak namun, berdoa agar kuasa viral media sosial mampu untuk menemukan abangnya semula.

Semoga dimudahkan urusan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berharap agar urusan pemuda ini untuk mencari abangnya yang hilang dipermudahkan.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×