berita

Hilangkan Mata Panda Korang Dengan Amalkan 6 Tips Yang Mudah Ni

November 14th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Benda yang kita buat setiap pagi selain check Whatsappmesti tengok cermin kan? Tapi yang spoil-nya bila sepasang mata panda tengah tenung kita balik! Dah lah nak hadap rutin harian dengan orang ramai, tak kan nak biar lingkaran hitam bawah mata tu jelas kelihatan pulak.

Ada banyak faktor korang dapat mata panda seperti perubahan hormon, genetik atau keturunan, alergi, stress dan banyak lagi. Ia menyebabkan muka korang nampak kusam dan berusia. Agak mustahil untuk dihilangkan dengan serta merta. Tapi jangan risau sebab admin ada cara yang mudah dan murah untuk kurangkannya.

1. Timun

Kredit: Demand Studios

Selalu korang tengok dalam movie atau iklan orang tengah relax kat spa dengan hirisan timun kat mata diorang kan. Haa.. ada sebab sebenarnya ia dilakukan macam tu. Timun adalah salah satu sayuran yang berkesan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Selain tu, ia juga boleh merawat mata yang sembab akibat korang tak cukup tidur tu.

Caranya korang ambil seketul timun yang fresh kemudian potong menjadi hirisan-hirisan kecil. Korang perlu sejukkan hirisan timun ni terlebih dahulu selama 30 minit di dalam peti sejuk. Setelah itu, barulah korang boleh letakkan hirisan tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10-20 minit. Kemudian boleh cuci muka macam biasa. Cuba amalkan dua kali sehari dan lihat kesannya.

2. Tomato

Kredit: Stoke Travel

Tomato merupakan salah satu buah yang berfungsi untuk bleaching kerana ia mengandungi kimia lycopene. Bahan kimia ini juga dipercayai boleh memulihkan kulit yang rosak dengan efektif.

Kredit: Shutterstock

Caranya adalah korang campurkan satu sudu teh jus tomato dan setengah sudu teh jus lemon. Dengan berhati-hati, sapukan campuran tersebut di bawah mata dan urut dengan lembut. Kemudian biar selama 10 minit. Selepas tu boleh cuci dengan air sejuk. Amalkan tips ni dua hari sekali selama 2 ke 3 minggu.

Kalau korang mempunyai kulit sensitif, tambahkan satu sudu teh air mawar atau rose water kepada campuran tadi sebelum memakainya.

3. Kentang

Kredit: Amazingy

Kentang mengandungi kanji, enzim dan vitamin C yang menyuburkan kulit di sekeliling mata dan membantu mengurangkan lingkaran hitam. Terdapat dua cara untuk menggunakannya. Yang pertama adalah hiriskan kentang dan letak di atas mata selama 10-20 minit sama seperti cara timun tadi.

Kredit: Cosmopolitan

Cara kedua adalah sagat kentang sehingga keluar jusnya. Ambil cotton ball atau cotton buds dan basahkan menggunakan jus kentang tadi. Sapukan di bawah mata dan tunggu sehingga kering kira-kira 10 minit. Sesudah tu boleh basuh dengan air sejuk. Tips ni boleh diamalkan sebanyak mana yang boleh dalam seminggu.

4. Minyak semulajadi

Kredit: Art Natural

Seperti yang kita tahu, minyak-minyak semulajadi mempunyai pelbagai khasiat yang berguna untuk kulit. Antara minyak yang sesuai untuk mengurangkan mata panda adalah minyak kelapa dara, minyak badam, minyak argan, minyak zaitun, minyak lavender dan minyak castor. Kebanyakan dari minyak-minyak ini mempunyai vitamin untuk melembutkan dan mencerahkan kulit termasuk di bawah mata.

Kredit: Birchbox

Cara untuk memakainya adalah sapukan salah satu daripada minyak-minyak tadi dengan sedikit pada bawah mata. Sapu dan urut perlahan-lahan supaya minyak diserap ke dalam kulit. Korang boleh jadikan ia sebagai rutin sebelum tidur setiap malam. Bila bangun keesokkannya pasti mata korang lebih segar dan berseri!

5. Uncang teh

Kredit: Manoramaonline

Cara yang biasa korang dengar untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata mesti menggunakan uncang teh kan? Memang betul pun ia boleh mengurangkan puffy eyes dan mata panda. Selepas bancuh teh, korang jangan buang dulu uncangnya tau. Lagi bagus kalau gunakan teh hijau.

Kredit: Giphy

Sebaliknya korang simpan dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum melekapkannya pada kedua belah mata. Biarkan selama 10 minit sebelum mencucinya. Hasil yang korang akan dapat adalah mata yang segar dan sihat!

6. Rose water

Kredit: Salon Spa

Bukan saja harum, tapi air mawar mempunyai antioksida yang membantu menguatkan dan membaikpulih sel-sel kulit muka. Dengan menggunakan cotton ball, rendam dalam air mawar tadi dan pat pat di sekeliling mata. Kemudian urut perlahan-lahan.

Kredit: Zenjoy

Kalau korang rajin amalkan tips ni setiap hari, pasti mata panda korang akan berkurangan. Kulit korang juga akan menjadi lebih lembut dan anjal.

Selain dari tips-tips di atas, apa yang korang boleh amalkan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan mata yang sembab ialah menjaga rutin pemakanan harian dan pastikan korang sentiasa mendapat tidur yang cukup. Kurangkan berjaga sehingga lewat malam sebab mata korang akan jadi letih dan tak bermaya pada keesokan harinya.

Selamat mencuba! :)

 

Sumber: ForeoPower of PositivityThe Active TimesReward Me

The following two tabs change content below.