berita

Himpun Hero Malaya Dalam Satu Filem, Netizen Tak Sabar Tunggu Filem Ketenteraan Berdasarkan Kisah Benar Ini!

August 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, trending nama Alif Satar menerusi posting latihan menembak untuk penggambaran filem Bakara yang akan dijalankan pada tahun hadapan. Difahamkan, sepatutnya filem ini menjalani penggambaran pada Jun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan faktor semasa.

Rata-rata pengguna media sosial tidak sabar menanti hasil filem ini kerana menampilkan barisan pelakon yang hebat. Lima pelakon lelaki maskulin ini akan membuatkan anda menanti kemunculan Bakara di pawagam!

Inspirasi dari kisah sebenar

Menerusi perkongsian dari akaun Twitter Marchfoward, mengatakan filem Bakara ini berkisarkan perjuangan anggota 19 RAMD Mekanis. Perjuangan mereka itu adalah bagi menyelamatkan anggota Renjer dan Delta US di Pasar Bakara Somalia yang berlaku pada 3 dan 4 Oktober 1994. Kisah ini dikenali sebagai Black Hawk Down dalam versi Malaysia.

Sisi perjuangan tentera Malaysia

Jika anda menonton filem Black Hawk Down pada tahun 2001 hanya menunjukkan perjuangan Tentera Delta dan Tentera Renjer US di babak terakhir filem. Jadi, filem Bakara ini akan menayangkan sisi perjuangan Tentera Malaysia dari 19 RAMD Mekanis.

Bakara turut memaparkan pasukan tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia. Pembikinan filem ini juga turut menggunakan anggota ATM sebenar dan aset ketenteran.

Bagi menghasilkan karya dengan baik dan mantap sekali lagi pengarah Adrian Teh dipertanggungjawabkan untuk mengarahkan filem yang menelan belanja lebih RM20 juta ini.

Barisan hero Bakara

Antara hero maskulin yang akan membintangi filem Bakara ini adalah Remy Ishak, Shahiezy Sam, Hairul Azreen, Bront Palarae dan Alif Satar.

Sumber: Remy IshakMarchfoward

SKIP THIS AD ×