berita

Hina Polis Ketika Ops Covid-19, Wanita Muat Naik Status Jelik Didenda RM10 Ribu, 3 Bulan Penjara

March 31st, 2020 | by faris
Kini Trending

Kerana bertindak tanpa berfikir panjang, seorang pembantu kedai menerima akibat setelah memuatnaik status Facebook menghina anggota polis. Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman denda RM10 ribu dan 3 bulan penjara ke atas tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar.

Dilakukan 27 Mac lalu

Menurut laporan Harian Metro, Nursahira disabitkan dengan kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu. Dia membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Marah diarah balik rumah

Pada 27 Mac lalu, tertuduh ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di laman Facebook miliknya.

Dia berbuat demikian selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×