berita

Hina TMJ Siap Ajak Datang Rumah, Pembantu Gerai Buah-Buahan Ditahan Polis

July 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akibat memuat naik video video berbaur penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) di laman Instagram, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan oleh pihak polis pada malam semalam.

Memuat naik video berunsurkan penghinaan

Menerusi lapan video yang telah dimuat naik oleh Amirul__naito di akaun Instagram, memaparkan lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina institusi diraja.

Jelasnya lagi, dia mengatakan bahawa Kerabat Diraja Johor telah menjanjikan sesuatu, namun dia tidak menerimanya sehingga sekarang.

Kalau aku salah aku dah kena tangkap. Sekarang ni aku maki gila-gila sebab aku tak salah. Ugutan-ugutan Sultan aku tak pernah takut. Sikit pun aku tak takut.

Pakai otak jangan pakai kepala lutut. Aku sentiasa mencari aku salah ke tak, aku gila ke tak.

Individu berkenaan juga telah memberikan nombor telefonnya untuk dihubungi serta mengatakan bahawa dirinya tidak takut dengan amaran serta bersemuka dengan TMJ atau kerabat diraja yang lain.

Kau tak puas hati dengan aku ambil nombor aku ni. Aku tak takut. Kau datang sini Ayer Hitam.

Pernah dikenakan hukuman pada sebelum ini

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihak polis telah menerima sebanyak 10 laporan polis berhubung dengan video tersebut yang tular di Facebook dan juga Instagram sejak dari semalam.

Susulan daripada itu, pembantu gerai buah-buahan berkenaan telah ditahan pada pukul 9.30 malam di kediaman rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Sepertimana sedia maklum semalam banyak sudah diviralkan ‘posting’ menerusi lama Instagram seorang individu bernama Amirul Naito, ada ‘posting’ dibuat individu tersebut.

Ujarnya lagi, individu berkenaan telah mengunakan perkataan-perkataan yang tidak elok serta berunsurkan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati suspek sebenarnya pernah dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama pada tahun 2017 dan pada 2020.

Individu terbabit mempunyai rekod jenayah sebelum ini, pernah ditangkap dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun yang sama kerana khianat.

Sumber : Kosmo, amirul_naito

SKIP THIS AD ×