berita

‘Hingga Terbit Mata Putih Sahaja Di Kelopak Matanya..Allah…’ – PU Amin Kongsi Pengalaman Teman Isteri Bersalin

April 22nd, 2019 | by Hazurin
Kini Trending

Tahniah kami ucapkan kepada Pencetus Ummah Amin kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga. Melalui Instagramnya, PU Amin telah menyatakan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5 pagi tadi. Dia juga berkongsikan situasi menemani isteri ketika sedang bertarung melahirkan anak.

‘Terbit mata putih dikelopak matanya..’

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini.. . Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital . Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi.. . Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. . Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.. . Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. . Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.. . Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada.. . Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar . ???

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

//www.instagram.com/embed.js
Menerusi perkongsian di Instagramnya, PU Amin telah meluahkan rasa syukur kerana isterinya sudah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga pagi tadi. Melalui perkongsiannya itu, dia menyatakan bahawa menemani isterinya ketika bersalin adalah situasi yang ditakuti. Hal ini kerana, dia dapat melihat sendiri bagaimana isterinya itu bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Tambahnya lagi, saat-saat itu juga telah menimbulkan rasa insaf dalam dirinya betapa kuatnya insan bergelar wanita. PU Amin juga turut berpesan kepada lelaki di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan isteri dan jangan sesekali menyakiti mereka.

‘Menangis baca caption ustaz’

Sumber: PU Amin