berita

Hisyam Hamid Kembali Dengan Drama TV3 Terbaru Yang Sarat Dengan Konflik, Hatimu Sedingin Salju!

June 24th, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Setelah berakhirnya drama 20 episode yang cukup beremosi iaitu Cukup Derita Itu di TV3, kali ni Hisyam Hamid tampil juga sebagai watak utama dalam drama bersiri terbaru TV3 Hatimu Sedingin Salju. Haa..dengar cerita drama ni pun boleh tahan konfliknya.

Drama ini dibintangi oleh Aprena Manrose, Hisyam Hamid, Bella Dowanna, Hafeez Mikail, Maria Farida, Fadlan Hazim, Mustafa Kamal, Zila Bakarin dan ramai lagi. Yang pasti, drama ini akan ditayangkan secara percuma dan ekslusif di iQiyi! Bestnya!

2 jejaka dambakan cinta seorang gadis

Drama yang bergenre cinta dan kekeluargaan ni mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Rania (Aprena Manrose) yang ingin dijodohkan oleh ibunya Puan Noraini (Zila Bakarin) dengan salah seorang anak lelaki Datin Mimi (Maria Farida). Ketika kedua-dua keluarga itu bercuti bersama, Fakhir, anak sulung Datin Mimi mula jatuh hati pada Rania.

Konflik bermula apabila Fathul, adik kepada Fakhir juga menyimpan perasaan terhadap Rania. Oh no! Kalau korang jadi Rania, siapa yang korang pilih? Adik atau abang?

Haa..kalau korang nak tahu kesudahannya dan siapakah jejaka yang akhirnya dipilih Rania, jangan lupa saksikan Hatimu Sedingin Salju di slot akasia TV3 bermula 24 Jun 2021, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam, 7 malam tau!

Selain itu, korang juga boleh saksikan drama-drama lain yang turut dibintangi Hisyam Hamid, Aprena Manrose dan Bella Dowanna iaitu Cukup Derita Itu, Leftenan Zana dan Budak Tebing di iQiyi!

Takut terlepas episode? Haa..jangan risau, jom tonton di iQiyi!

Mesti korang dah tak sabar nak layan drama ni kan? Admin pun sama! Yang bestnya, kalau korang terlepas episode pertama dan seterusnya pun takpe sebab korang boleh saksikan drama ni secara percuma di iQiyi!

Bukan itu je, korang juga boleh nikmati lebih 30,000 kandungan Melayu, Cina, Korea & anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah ekslusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan ekslusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh (Blu-ray 1080P). Bestnya!

Kalau korang merupakan ahli VIP, korang berpeluang untuk mengakses episod baru 1 jam selepas drama ini disiarkan di TV, manakala bagi ahli biasa, korang akan mendapat akses 24 jam kemudian.

#iQiyiBersamaRakyat beri baucar VIP bernilai RM1.5 juta!

Oh ya, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, iQiyi kini bekerjasama dengan pelbagai badan dan jenama untuk mendorong orang ramai untuk mendapatkan vaksin. Ini juga sebagai salah satu usaha untuk membawa negara kita selangkah lebih dekat kepada matlamat imuniti kelompok. iQiyi juga berjanji untuk memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia dengan baucar VIP bernilai RM1.5 juta!

Nak tahu macam mana nak dapatkan akses VIP iQiyi percuma selama 2 minggu?  

Akses VIP percuma akan diberikan kepada korang yang memenuhi kriteria di bawah:

  • Telah mendapat vaksin
  • Menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
  • Menempah ujian covid di BP Healthcare

Best kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom layari www.iQiyiBersamaRakyat.com.

Duduk rumah dan kekal selamat bersama iQiyi!

SKIP THIS AD ×